rezeki kesihatan

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

lama juga blog ni terbiar, tapi tak apa sebab tuan punya di uji dengan sedikit kesakitan melalui pembedahan dan kena tinggal di hospital pusrawi selama lebih kurang 10 hari, alhamdulillah sudah dua minggu berlalu dan kini berehat di rumah serta kena berpantang dua bulan sebagaimana yang disarankan oleh doktor…

kenangan semasa di hospital, ulam-ulaman dan bertungku sebahagian cara untuk memulihkan tahap kesihatan
kenangan semasa di hospital, ulam-ulaman dan bertungku sebahagian cara untuk memulihkan tahap kesihatan

semasa Allah berikan rezeki berbentuk kesihatan, akak tidak begitu serious menjaganya dengan baik, kurang berjumpa doktor setiap kali kesakitan datang, lebih suka ambil ubat-ubatan dari farmasi, bertahun jugak akak mengalami senggugut yang terlalu teruk tapi sering abaikan cukup dengan ubat tahan sakit saja, sehingga lah akak mengalami kesakitan yang tidak terkawal, berjumpa doktor dan di kesan ada ketumbuhan di dalam rahim (peranakan) 6.5 cm, doktor cuba memberi ubat untuk tempoh 6 bulan dengan harapan tidak perlu menjalani pembedahan….

NAMUN

tiba2 akak mengalami pendarahan yang berterusan disertai rasa sakit yang tak terbendung, pergi hospital pusrawi, doktor terus menasihati akak untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan, dengan ikhlas hati akak dan suami menandatangani borang persetujuan untuk membuang rahim @ peranakan tanpa mengeluarkan ovari…syukur semuanya berjalan dengan lancar… sekarang baru lah akak sedar PENTINGNYA “KESIHATAN” kerana ianya juga rezeki dari Allah..

ramai yang keliru dengan meletakkan nilai rezeki itu hanya kepada wang ringgit semata mata sehingga terlupa ada rezeki lain yang lebih berharga daripada wang ringgit iaitu kesihatan, tiada siapa yang boleh meramalkan apakah kesihatan diri akan berterusan baik…

ingat sihat sebelum sakit…

sekian, buat kali ini, moga kita beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah

Sila Kongsi :