sedapnya siput sedut

hari ni adalah hari yang agak memenatkan, masuk jer kedai kak siti belum sempat buat apa2 dah dapat panggilan dari customer…sejam lebih bersembang tetiba jam dah menunjukkan angka 11 pagi…duhhh pembantu peribadi dah buat “last call” untuk aku bersiap ke Al Rajhi Bank Ampang…

Al Rajhi Bank cawangan Ampang ni betul2 terletak belakang hotel depalma ampang, uhhh dah tengahari perutku sudah berlagu syahdu…laparrrr…terus masuk hotel depalma untuk lunch…syukur alhamdulillah banyak lauk ala2 kampung hidangan dia hari ni….

aku nampak telur ikan goreng….terus selera bertambah….sebab aku memang suka sangat2

terus jengah lauk2 yang di hidang, aku nampak siput sedut….duhhh kegemaranku lagi….apa lagi kaut sepinggan untuk ku ratah….oleh kerana siput sedut ni tak leh makan kat majlis, so aku ambik meja makan paling penjuru sekali jauh dari orang ramai….apa lagi layanzzzzz…..

tu dia seput sedut kegemaranku, alhamdulillah suka sangat2….

tiada yang lebih indah selain dapat menikmati apa yang kita gemari….terimakasih Tuhan…

Sila Kongsi :