sirah nabi… ombak rindu… 2 cari 2… apa kaitannya…?

Masjid Nabawi di Waktu Malam

Apabila kita dijemput untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci, tentu ianya satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Ini merupakan kali kedua aku dijemput Allah SWT, tetapi pengalaman pertama dan ke dua tetap berbeza dan sangat2 bersyukur.  Sepanjang aku berada di sana, setiap malam ketua rombongan mengadakan majlis tazkirah dengan menjemput beberapa penceramah yg beliau kenali di bilik penginapan beliau….

tazkirah oleh ustaz iqmal wakil dari DZ Travel

Wakil DZ travel yang ditugaskan untuk bersama kami adalah seorang saudara baru berketurunan india yang baru 6 tahun memeluk agama islam…walaupun baru 6 tahun bersama Islam tetapi pengetahuan beliau tentang Islam memang luar biasa nak dibandingkan dengan aku yang dah 46 tahun dalam islam…

sirah Nabi Muhammad - sumber http://galeriniaga.blogspot.com

Beliau memilih Islam tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak, ianya berlaku atas kerelaan beliau sendiri, beliau mengkaji dan terus mengkaji tentang Islam…beliau membaca sirah nabi muhamad dengan penuh penghayatan (sepanjang membaca sirah Nabi, beliau merasakan beliau bersama-sama Nabi). Walau mendapat tentangan yang sangat hebat dari keluarga (kerana beliau anak sulong dalam keluarga) dan juga tentangan dari rakan2 beliau, namun hati beliau KUAT untuk bersama ISLAM. Sangat2 sedih bila mendengar kisah laluan beliau apabila memilih ISLAM sebagai agama dan pegangan. Alhamdulillah setakat ini, beliau telah berjaya mengISLAMkan hampir 200 orang bukan islam menjadi saudara baru, sungguh hebat rangkaian yang beliau bina.

2 kali menonton wayang ombak rindu

Sebenarnya sirah nabi ni aku pun pun tak baca sepenuhnya, baca mengikut cerita jer…malu aku tahap gaban…ustaz tu kata, terlalu ramai orang yang tak abis baca sirah nabi tapi novel ombak rindu dah baca berkali kali, tak cukup baca novel, tengok wayang, beli CD dan tengok jugak Astro First.. Bila ustaz ni sentuh ombak rindu, aku lah orang yang paling terasa sekali (rasanya lah) sebab aku tengok wayang 2 kali, beli CD, astro first dan novel pun baca jugak…..huhu

penceramah2 jemputan untuk majlis tazkirah bersama ketua rombongan

Kira networking beliau sangat hebat sebab berjaya mengislamkan ramai orang, kalau lah kita boleh buat networking mengislamkan orang bukan islam macam konsep 2 cari 2 tentulah sangat luar biasa…isu ini diulas oleh penceramah yang lain….sekali lagi aku terpukul sebab suatu ketika dulu aku adalah RATU BINARY yang 2 cari 2 tu kikiki….

Rasanya aku tak perlu berlengah lagi untuk membaca dan menghayati sirah Nabi Muhammad, aku terus berdoa semoga aku dan keluarga dijemput oleh Allah SWT untuk ke Tanah Suci lagi…Aamiinnnn

Sangat bersyukur dan berterimkasih kepada ketua rombongan kerana mengaturkan majlis tazkirah setiap malam, kerana terlalu banyak yang aku pelajari dari majlis ilmu ini.  InshaAllah aku akan berkongsi lagi ilmu2 yang aku dapat dari majlis2 ilmu sepanjang aku berada di Tanah Suci…. tunggu ye…

 

Sila Kongsi :
  • Malaysia Coin April 23, 2012 at 10:39 am

    Sampai sekarang tak tengok pun cerita ombak rindu tu lagi.., apa yang best ya?

    • sweetkurma April 23, 2012 at 4:50 pm

      heee bagi akak memang best lah…ada juga yg kata tak best…akak pun bukan jenis kaki wayang tapi ombak rindu mengheret akak 2 kali ke panggong

  • puanbee April 24, 2012 at 12:41 pm

    Orang yang dah islam , tapi belum islam sepenuhnya pun ada , sepatutnya org mcm ni pun di beri tunjuk ajar dan ilmu tentang islam juga ..

  • Nurul April 24, 2012 at 2:13 pm

    Ombak rindu.. cita ni best..

  • Razifredz April 25, 2012 at 4:52 pm

    Alamak … walaupun tak baca dan tengok Ombak Rindu, terasa juga hati ini

    • sweetkurma April 25, 2012 at 5:55 pm

      heee….memang best lah…kalau tengok lagi lah terasa dan tersentuh….

  • sohoque February 26, 2013 at 8:41 pm

    itulah perbezaan ketara antara Islam keturunan dan Islam yg dicari…
    sohoque recently posted..Kata Kunci Yang Sedang Hangat Masa KiniMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge