oh suami : Tanpa Suami….!

Aku terpanggil untuk menulis bagaimana hidup tanpa suami setelah sekian lama punya suami….pagi ni aku terbaca kisah ibu tunggal meneruskan kehidupan tanpa suami di Harian Metro ruangan HATI….

Pengalaman membesarkan anak tanpa kehadiran insan bergelar lelaki@suami sebagai pelindung sememangnya sesuatu yang cukup mencabar bagi mereka yang bergelar ibu tunggal….

Mereka sanggup bekerja keras siang dan malam tanpa mengira penat demi memastikan kebajikan anak sentiasa terjaga dan terbela hinggakan ada kalanya menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan demi kesejahteraan keluarga tercinta….

Aku pernah melaluinya selama 3 tahun kira2 15 tahun lepas (tapi kini udah ada cowok heee, 12 tahun bersama dan alhamdulillah kami bahagia)…alhamdulillah sesukar manapun ianya, apa yang kita boleh lakukan selain meneruskan kehidupan tanpa menoleh kebelakang dengan penuh usaha dan selainnya berserah kepada Allah SWT…

Aku dan ibu tunggal seakan tidak boleh dipisahkan, walaupun aku tidak menyandangnya lagi, tapi kehidupan ku sering dikelilingi ibu2 tunggal…ianya datang dan pergi…Alhamdulillah, sekurang kurangnya aku boleh membantu apa adanya, mungkin bukan wang ringgit sekurang kurangnya pengalamanku bisa membantu…..

ITU YANG TANPA SUAMI….YANG ADA SUAMI MACAM TAK ADA, MACAM MANA PULAK….? heee

Kisah yang ini agak pelik tapi ianya berlaku, punya suami yang sihat tapi malas nak berusaha @ bekerja, terlalu memilih pekerjaan dan dengan ini sang isteri menjadi mangsa untuk memikul tanggungjawab yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami… Isteri terpaksa bekerja dan berjimat dengan gaji yang tak seberapa, dalam masa yg sama kena mengurus rumahtangga dan melayan kerenah suami….SEDIH sangat SEDIH….

Ada juga yang punya suami yang ada kedudukan dan punya gaji yang agak lumayan tapi terlalu berkira, semua2nya nak dikira, bagi pun ala kadar jer, so sang isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa terpaksa pandai mengurus dan makan apa adanya, terkadang terpaksa menggunakan duit sendiri dari hasil simpanan semasa bekerja dan income sambilan…bukan sekadar berkira wang ringgit tapi masa pun berkira, busy memanjang sampai tak ada masa untuk keluarga….so sang isteri lah yang menguruskan hal2 rumah dan anak2….CIANNNNN…

Apa pun keadaannya, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada, aku punya suami, anak2, biznes, kehidupan yang sederhana…apa yang aku lakukan adalah ikhlas….bila ikhlas baru lah berkat….Alhamdulillah….

 

 

Sila Kongsi :
  • puanbee April 24, 2012 at 12:37 pm

    Ini lah realiti kehidupan kak , tak semua orang bernasib yang sama , ada lebih kat sini , kurang kat sana .. susah2

    last sekali , mengadulan pada ALLAH s.a.w moga kita di pelihara dan di beri petunjuk

    • sweetkurma April 24, 2012 at 1:01 pm

      yer lah bee, macam2 orang ni…yang dpt suami baik tak jaga pun satu hal jugak..betul tu moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah SWT…aamiinn

  • Nurul April 24, 2012 at 2:11 pm

    Nurul pernah dengar tentang suami yang kedekut.. Suami dia sangat senang.. Tetapi Ya Allah x sanggup dgr derita yang kawan tanggung.. sedih.. suami dia sangat kedekut.. sampai nak beli brg dapur pun harapkan belas ihsan anak2..

    Ya Allah Mintak jauh semua ni dari diri nurul.. AMIN..

    • sweetkurma April 24, 2012 at 3:13 pm

      betul tu nurul bila dengar cerita suami kedekut mmg menyedihkan…alhamdulillah suami akak tak kedekut…yer nurul kita mohon dijauhi Allah SWT punya sifat sebegini…..aamiinn

  • bardboo April 25, 2012 at 6:13 am

    saya pernah cuba bayangkan macam mana nak hidup tanpa suami, dan akhirnya saya yg menangis sendiri teresak2…tu baru bayangkan je, belum lagi berlaku betul2..huhu…

    • sweetkurma April 25, 2012 at 8:59 am

      tak per sis jangan bayangkan sesuatu yang belum terjadi….mohon pada Allah SWT supaya terhindar dari sesuatu yang kita tidak mampu untuk menghadapi…aamiinn

      • bardboo April 25, 2012 at 8:35 pm

        tu la..patutnya jgn la bayangkn benda2 yg macam tu kan..

        • sweetkurma April 26, 2012 at 12:30 am

          yup, kita bayangkan yang indah2 jer but at the same time, get ready for anything, sebab dugaan datang tanpa di undang….

  • Myra Jay April 25, 2012 at 8:56 am

    Itula dilema yang dihadapi oleh wanita sekarang..
    Apapun myra tetap bersyukur dengan apa ada sekarang 🙂

    • sweetkurma April 25, 2012 at 9:01 am

      yer myra bersyukur dengan apa yang kita ada amatlah penting dan disertai dengan ikhlas…inshaAllah it will be ok…aamiinn

  • Rin April 25, 2012 at 4:13 pm

    Ikhlas yang penting kak…. Saya setuju banget!

  • Razifredz April 25, 2012 at 4:50 pm

    Insya-Allah segala baik jika terus berdoa agar dipermudahkan segalanya, pasti kelebihan akan datang tanpa kita sedari atau mungkin kita minta

    • sweetkurma April 25, 2012 at 5:53 pm

      betul tu zif…banyak hikmah yang tersembunyi jika kita tabah menghadapi segala dugaan mendatang….

  • Hafizul April 26, 2012 at 12:45 am

    Lelaki2.. Time nak dia belai. Time tak nak di buang. hahahaha.. No komen lebih-lebih..

    • sweetkurma April 26, 2012 at 9:42 am

      its ok dik, kalau no komen lebih2, at least adik belajar sesuatu kan….thanks ya sudi singgah

  • RDaddy April 26, 2012 at 6:56 am

    Salam perkenalan,jengah sebentar kat website baru nih.lawa!hihihi.

    Alhamdulillah,walaupun saya berkerja sendiri,tak pernah lagi saya abaikan tanggungjawab saya sebagai suami.semuanya cukup setakat ini.apa pun sokongan dan dorongan antara satu sama lain sangat penting…moga allah hindari dari sifat tidak bertanggungjawab tu..insyaallah.

    • sweetkurma April 26, 2012 at 9:45 am

      thanks sudi singgah, lawa hihi….

      itu lah sebaik baiknya, bertanggungjawab dengan penuh ikhlas, sebab kita mmg memerlukan diantara satu sama lain…moga bahagia yang di kecapi RDaddy berkekalan hingga ke akhirat…aamiinnn

  • Dadan May 2, 2012 at 7:21 pm

    Alhamdulillah….akhirnya dapat juga mengakses blog ini
    Salah satu kehebatan wanita adalah bisa menjadi seorang ibu sekaligus bapa

    • sweetkurma May 2, 2012 at 11:58 pm

      so sweet…terimakasih sudi mampir di blog ini…

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge