ujian ketika bermalam di Mina

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, dikesempatan ini kak sweetkurma ingin berkongsi salah satu pengalaman semasa menjalani ibadah haji baru2 ini….

separuh biji epal yang ku makan untuk kekal bertenaga semasa bermalam di Mina atas ihsan seorang hamba Allah

ketika ibadah haji Allah tidak melihat berapa banyak duit yang kita bayar, berapa tinggi pangkat dan jawatan semua ini tiada nilai. kesabaran, khidmat, ikram, redha dengan ujian itu antara yang Allah tengok untuk mendapat Haji Mabrur, tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya (petikan dari blog denaihati)

kenangan ketika bermalam di Mina

ingin membenarkan kata2 yang di tulis oleh Denaihati bahawa tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya… kak sweetkurma juga tidak ketinggalan dari ujian ini, untuk bermalam di Mina pada waktu itu pihak Travel agent tidak dapat menyediakan makanan kerana semua makanan telah di uruskan oleh Muasassah Asia Tenggara untuk jemaah yang bermalam di khemah yang disediakan sahaja…

oleh kerana kak sweetkurma memilih untuk tidak tinggal di khemah, maka bekalan makanan untuk bermalam di Mina hendaklah di bawa sendiri dari Makkah, kak sweetkurma telah membeli buah anggur untuk bekalan ketika hendak bermalam di Mina, kerana ketika itu akak mengalami sakit tonsil yang agak teruk, jadi makanan yang boleh ku makan adalah buah2an sahaja, tapi nak dijadikan cerita buah anggur tersebut telah tertinggal di dalam bilik penginapan di Makkah, setelah berjalan kaki sejauh lebih kurang 3 kilometer dari tempat parking bas sampailah di Mina, selepas melontar jamrah, akak rasa begitu letih dan lapar sementara nak menunggu 6 jam lagi waktu untuk balik semula ke Makkah….

teringat akan buah anggur yang ku beli, tetiba akak baru teringat yang akak tertinggal bungkusan buah anggur tersebut, masa tu dah rasa nak termuntah sebab terlalu lapar, tengok jemaah di sekelilingku semuanya sedang asyik makan, ada yang makan nasi, roti, buah dan macam2 bekalan yang di bawa, akak waktu itu hanya mampu menelan air liur yang dah kering….

air mata hampir menitis mengenangkan nasib (dalam hati berkata mungkin ini ujian dariNya), maka dengan tidak punya rasa malu, akak bertanya kakak sebelahku ada tak bawa makanan, rupanya kakak ni pun tak bawa makanan, yang dia ada hanya sebiji epal pemberian hamba Allah di sebelahnya dan sedikit kurma, tonsil tengah sakit tentu tak boleh nak telah kurma…. dengan raut muka penuh simpati dan ikhlas kakak tu bagi satu2nya epal yang dia ada kat akak, akak pun hanya sanggup memakannya separuh saja dan separuh lagi bagi semula kat kakak tu untuk dia makan…

dengan memakan separuh biji epal dan minum sedikit air zam zam yang ku bawa, aku kira memang cukup untuk bekalan 6 jam bermalam di Mina, namun, kebesaran Allah tiada tandingannya bila mana akak menerima SMS dari seorang insan yang berhati mulia untuk menjemputku ke khemahnya minum teh/kopi dan makan roti, detik itu juga air mataku bercucuran kerana begitu bersyukur atas pertolongan Allah melalui hambaNya ini… maka bermalam lah akak di khemah insan tersebut dengan perut yang terisi roti dan teh o panas serta dapat melaksanakan solat secara jamak maghrib dan isya’…

doaku “ya Allah Kau bantulah insan2 yang pernah membantuku” amin…

betul kata Denaihati Ilhamku dalam status FB dan twitternya….
– kita merancang tapi perancangan Allah lagi hebat –

Sila Kongsi :