wukuf di Arafah

assalamualaikum dan selamat sejahtera

alhamdulillah, hari ini di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti khutbah di Arafah yang di siarkan secara langsung oleh TV1 RTM, terimakasih RTM atas siaran yang sangat2 menyentuh qablu ini, tahun lepas, di beri kesempatan oleh Allah SWT mendengar khutbah dari khemah penempatan Zahafis Travel di Arafah, pengalaman yang tidak mungkin ku lupakan, terlalu banyak airmata keinsafan yang mengalir bukan saja airmata ku tapi juga jutaan jemaah haji yang datang dari setiap pelusuk dunia…

wukuf2

wukuf di Arafah adalah salah satu daripada rukun haji, semua umat islam sedia maklum bahawa haji tidak sah jika tidak berwukuf, wukuf ini dilakukan pada 9 Zulhijjah…. wukuf adalah saat kita bersama Allah SWT, ketika berwukuf, kita harus meletakkan diri seolah olah berada di hadapanNya atau yakinlah bahawa Dia sedang memerhatikan kita, maka, inilah saatnya kita seakan akan sedang berdialog dengan Allah SWT dan masanya kita sedang menjalinkan hubungan yang mesra dalam satu situasi yang privasi bersamaNya…

wukuf

dikesempatan ini, sudah pastinya semua jemaah mengabiskan masa untuk beribadat sepenuhnya, solat, membaca al-quran, berzikir dan berdoa sebanyak mungkin, syukur alhamdulillah selepas khutbah semua jemaah diberi peluang untuk membuat aktiviti masing2, rakan jemaah yang satu khemah dengan ku hanya diriku dan seorang mak cik yang tidak datang dengan pasangan, oleh itu aku mengambil kesempatan untuk berada di dalam khemah dan duduk di bawah pokok tempat duduk ku untuk terus berdoa hingga terbenamnya matahari…

saat aku berdoa, ketika itu lah angin terus bertiup sehingga tidak ku rasai kepanasan cuaca di padang Arafah, syukur syukur syukur alhamdulillah, sepanjang berada di Arafah juga, Allah permudahkan semua urusanku, alhamdulillah, terimakasih Allah

seperti insan lain yang pernah ke sini, aku juga ingin datang lagi dan lagi dan lagi…. mudah2an, amin Ya Allah

sekian, buat kali ini, kalau ada tulisan2 yang tidak menyenangkan, ampun dan maaf jua yang ku pinta…..”semangat dan azam untuk hidup tanpa kesedihan, keresahan, kemarahan, kedengkian dan kebencian”….

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin

Sila Kongsi :