1 2 3 4 abang jamil dapat

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

dah lama tak menulis tentang poligami @ bermadu @ dimadu, kak sweetkurma baru perasan memang agak lama juga, sampai blogger comel ini sempat bertanya semasa majlis sepetang bersama blogger 2013 “kak, dah lama tak tulis tentang madu madu, saya suka baca walaupun saya tak suka di madu” hiks….

menjelang 2013 ni, akak nak pencen dari menasihati or memberi pandangan tentang hidup bermadu kepada kawan2 yang hendak bermadu, sebab kalau kita cakap pun rasanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, kita cakap sampai berbuih dan kata “jangan” pun mereka tetap ingin melaluinya, so lantok ler kome…. baru2 ni ada seorang teman bagitahu yang dia sedang bercinta dengan “suami orang” dan merancang untuk berkahwin, sudah tentunya akan menjadi isteri ke dua, akak dengar dan angguk kepala jer “no comment”….moga berbahagia dengan pilihanmu…

itu kes perempuan yang hendak bermadu, ada juga lelaki yang sudah punya isteri lebih dari satu, ingin menambah lagi sehingga 4 lah agaknya, aduiiii tak pening kepala ker…. seronok sangat ker….terus terusan bercinta, bukan ke bercinta tu sangat2 memenatkan…kak sweetkurma ada sorang teman yang bermadu empat, ingatkan bila dah cukup empat, suami boleh duduk diam, tapi masih juga jatuh cinta tapi takat jatuh cinta je lah sebab dah punya empat…. aduiii jamil jamil “hidup menyusahkan mati pun menyusahkan” pinjam dialog… hehe

adakah mereka ini menjadi pilihan abang jamil...? oppsss sorry yang ini sudah ada yang punya....
adakah mereka ini menjadi pilihan abang jamil…? oppsss sorry yang ini sudah ada yang punya….

kadang2 pelik jugak, kes abang jamil yang dah punya isteri empat ni, isteri pertama yang paling cantik dan isteri ke empat yang paling tak cantik, tak tahu kenapa?…. terlalu desperado ke sampai dah tak pandai nak membezakan yang mana cantik dan tidak…? suka hati ko lah jamilll…

kalau lah yang nombor 4 tu secantik ini, memang berbaloi baloi lah tapi hampehhh.... jamil jamil tak faham bapakkkk
kalau lah yang nombor 4 tu secantik ini, memang berbaloi baloi lah tapi hampehhh…. jamil jamil tak faham bapakkkk

pesanan buat sesiapa yang nak mengikut jejak langkah “jamil” renung2kan lah, jangan mengikut nafsu semata mata, ingat lah orang tersayang…

pesanan buat sesiapa saja yang nak mengikut jejak langkah “hasnah”, fikir2kan lah bukan sekali tapi berjuta kali, moga tidak ada kaum sejenisku yang tertipu macam “rohani”….

jam sudah menunjukkan 3 pagi….hehe

tidur lah intannnnn

Sila Kongsi :