2012 kau pergi jua

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

tahun 2012 akan pergi jua dan 2013 menanti dengan penuh setia, ini bermakna usia kita juga akan bertambah serta semakin hampir juga kepada apa yang kita harapkan (ketenangan, kebahagiaan, kesenangan, kekayaan)…. yang pastinya hampir kepada kematian…bagi orang yang seusia kak sweetkurma ni sudah pastinya semakin tua, yang kena jaga kesihatan diri agar penyakit tidak sewenang wenangnya hadir, tidak akan sekali kali membiarkan jiwa ini terbiar gersang tidak berisi dengan amalan2 untuk bekalan dibawa ke akhirat…

2012 memang banyak kenangan terindah dalam kehidupan kak SK, bersyukur sangat2 sebab dapat menyambut hari ulang tahun yang 46 di Tanah Suci Makkah, ketika itu teman yang bertanggunjawab membawa kak SK ke sana telah meminta ustaz yang mengiringi rombongan kami di sana untuk berdoa kesejahteraan kak SK dan di aminkan oleh jemaah…teramat bersyukur kepada Allah SWT atas anugerah ini walaupun menunggu selama 46 tahun…

jemaah umrah mac 2012
jemaah umrah mac 2012

april 2012 dapat menghadirkan diri ke seminar wordpress anjuran akademi denaihati dan seterusnya dapat bersama kumpulan bloggers dalam majlis sepetang bersama blogger, dengan izinNya bulan tersebut juga kak SK mula aktif menulis dalam blog peribadi dan memperkenalkan perniagaan tudung2 kak SK… alhamdulillah sebagai pendatang baru, kak SK sangat2 teruja kerana kehadiran kak SK dalam dunia blogging di sambut baik oleh rakan2 bloggers dan sudah tentunya dalam masa yang sama perniaggan tudung kak SK berkembang di luar jangkaan…ini lah yang dikatakan rezeki dari Allah SWT…

selepas kembali menunaikan umrah pada bulan Mac, hati ini meronta ronta untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini juga, dalam waktu yang singkat, rasanya macam mustahil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi tujuan fardu haji, apa pun niat yang baik sudah tentunya Allah akan bantu… menjelang Ramadhan kak SK mendaftar dengan Zahafiz Tour & Travel dengan bantuan rakan blogger hangat ini….

ibadat haji adalah satu peluang yang perlu direbut oleh orang islam, ia satu keistimewaan, ia satu kewajipan, malah ia adalah rukun islam yang ke lima, bagi mereka yang berfikir kewajipan ini, walaupun nampak sukar, ia adalah satu anugerah untuk memudahkan manusia ditempatkan ke dalam syurga, dengan rahmatNya…

selepas mendaftar dan menyediakan segala dokumen yang diperlukan pihak Zahafiz Tour & Travel, apa yang mampu kak SK lakukan adalah terus berdoa agar di panggil Allah untuk menjadi tetamuNya…setiap hari berdoa dengan penuh debar apabila penerbangan pertama sudah berlepas, termasuklah kakak kak SK berlepas pada hari ke dua mengikut jadual penerbangan…alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, akhirnya kak SK dapat jemputan untuk ke Tanah Suci bagi tujuan fardu haji, Allah SWT telah menjemputku…. syukur 20 hari di Makkah & Madinah aku dapat melaksanakan rukun2 haji semampu dan sesempurna yang mungkin… terimakasih Allah…

terlalu banyak kenangan terindah bagi tahun 2012 yang akan melabuhkan tirainya tidak beberapa hari lagi, terus berdoa agar diri ini menjadi hamba Allah, anak, isteri, ibu dan rakan blogger yang cemerlang di sisiNya… amin

selamat datang 2013…. pertolongan Allah ada di mana mana….

Allahu Akhbar, Subhanallah, saya mohon keampunan Allah

Sila Kongsi :