apabila lelaki berbicara

.
assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

hai…kawan2 kak sweetkurma nak cerita sikit pasal lelaki nih…hiks…ni untuk kita kita jer tau… sedang seronok melipat tudung, kak SK dikejutkan dengan bunyi whatsApp bertubi tubi masuk…kawan kak SK bagitahu yang dia sedang berurusan dengan institusi kewangan, tak sangka lelaki yang bertugas di bahagian tu seorang “bapa tunggal” yang hidup sendiri lebih dari 10 tahun…kawan kak SK ni pulak “ibu tunggal”…emmmm sedang elok lah tu kannnnn…

dalam berurusan sudah tentunya kawan kak SK kena berterus terang tentang kedudukan kewangannya bagi membantu urusan tersebut dapat di proses cepat, bukan takat itu jer, kena juga berterus terang tentang “status” dirinya sebagai ibu tunggal, bagi meraih simpati agar permasalahan dapat di selesaikan dengan secepat mungkin….meraih simpati tau…bukan memancing…hiks…

tidak semena-mena lelaki di sana mula berbicara tentang “status” dirinya sebagai “bapa tunggal” yang hidup sendiri lebih 10 tahun….terus berbicara tentang punca perceraiannya dengan bekas isteri berlaku, bekas isteri meminta cerai dan yang sedihnya selepas jer abis edah terus jer kawin lain…nampak sangat ini perancangan yang cukup teratur…kawan kak SK hanya mampu terkedu di talian telefon sebab baru kali pertama bercakap, lelaki ini sudah mula berbiacara….HEBAT sungguh apabila lelaki berbicara…ingatkan perempuan jer yang hebat “apabila wanita berbicara”…

selepas abis perbualan telefon, ianya diikuti dengan whatsApp dan BBM….kawan kak SK jadi panic sebab risau masalah yang patut diselesaikan belum selesai akan timbul masalah lain pulak…menurut lelaki disana masalah kawan kak SK ni tidak terlalu rumit untuk diselesaikan, sebab dia adalah pegawai yang bertanggungjawab atas kes tersebut…

dag dig dug…. kak SK hanya menunggu perkembangan selanjutnya….moga kawan kak SK setiasa berada dalam peliharaan Allah SWT….amin

ok jugak kan bila DUDA bertemu JANDA….maka tiada lah istilah…terasa pahitnya madu… awww…

Sila Kongsi :