tiba-tiba terasa nak melontarkan cerita dan pandangan tentang tajuk di atas, ini rentetan “status” yang di tulis oleh blogger azmanisma di akaun facebook miliknya, yang bunyinya begini “Aku tgk orang yg anti poli***i…orang tu lah yg banyak diuji…sebab tu jgn menafikan…tapi berdoalah agar “hak” anda tak diuji… — feeling wonderful” #copypaste senang hehe – sebenarnya yang *** itu adalah “gam” so sambung lah sendiri ya
akak memang setuju sangat2 apa yang ditulis oleh blogger azmanisma tu, kok iya pun tak suka suami berpoligami atau tak suka dengan mana2 lelaki yang berpoligami, jangan lah sampai menidakkan hukum Allah, kadang2 sampai “over” tahap maksima tak sukanya!!! dalam apa juga hal yang diucapkan jangan terlalu “over”, tak suka diam jer dan jangan komen2 lebih, nanti awak yang terkena!!!!!
KADANG2 memang berlaku – suami apabila disebut tentang poligami @ diizinkan poligami “tiba2 jadi jakun, kedua telinga yang layu pun boleh tegak berdiri MANAKALA isteri pula, akan menggeletar kedua-dua lututnya terbayang beban berat yang akan ditanggungnya, masalah yang akan dihadapinya dan berbagai-bagai rintangan yang akan dilaluinya

gambar : selamat pengantin madu
oleh kerana terlalu melayan “tidak sukanya” tu, kadang2 mereka terlupa setiap apa yang diucapkan, mereka jadi lupa yang mereka ada anak lelaki dan juga perempuan, mungkin mereka terlepas dari termasuk dalam golongan yang berpoligami/bermadu/dimadu TAPI potensi untuk anak lelaki mereka berpoligami dan juga anak perempuan mereka dimadu atau bermadu adalah cerah!!!
yang menghairankan, mereka menentang habis2an sehingga sanggup meminta untuk diceraikan kerana tidak sanggup atau tidak boleh terima yang dirinya dimadu TETAPI setelah menjadi ibu tunggal @ janda, tiba2 mereka bercinta pulak dengan “suami orang”, apa kes??? so dengan ini keluarlah “tagline” – BIAR BERMADU ASAL JANGAN DIMADU! boleh gitu? ASAL JANGAN DIMADU! suka hati lah labu! hihihi
ada tu, kutuk kaw kaw orang yang menjadi isteri kedua dan seterusnya, tup tup kakak dia pulak menjadi isteri kedua!!!
ada tu, kutuk kaw kaw lelaki yang berkahwin lagi satu, tup tup anak daranya menjadi isteri kedua!!!
ada tu, kutuk kaw kaw perempuan yang bercinta dengan suaminya, tup tup setelah menjanda dia pulak bercinta dengan suami orang!!!
ada tu, kutuk kaw kaw menantu lelaki yang berkahwin lagi, tup tup anak lelakinya juga berkahwin lagi!!!
ada tu, bergurau dengan sesama kawan, suruh suami kawan2 tu kahwin lagi untuk dapat “payung emas” sambil berkata “kau lah buat dulu pastu i follow”, tup tup suaminya mencintai wanita lain!!! so apa lagi follow lahhhhhhhhh
yang lebih parahnya, sanggup tengok dan terus membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa kerana menyintai wanita lain, yang penting “asal jangan dimadu”
sebenarnya setiap yang hidup ini, ada ujiannya masing2 yang Allah beri, kerana ujian itu adalah tanda kasih Allah kepada hambaNya, bukan orang yang berpoligami/ dimadu/ bermadu je yang ada ujian dalam melayari bahtera rumahtangga yang dibina, TETAPI yang tidak berpoligami/ dimadu/ bermadu pun ada ujiannya juga, APA yang harus kita lakukan, adalah jalani, nikmati dan syukuri setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita

gambar : selamat pengantin madu
baru semalam akak bersembang dengan kawan2 yang bertandang ke rumah, kerana masing2 dah masuk fasa umur 50 tahun termasuklah akak sendiri yang hanya tinggal setahun lebih je untuk memasuki fasa 50 tahun – apa yang akak sembangkan adalah, setiap yang berlaku pada kita hari ini adalah berpunca dari masa lalu kita, terutamanya hasil dari apa yang kita sering ucapkan (disedari @ tidak), doa kita yang mungkin tidak lengkap, doa kita yang mungkin tidak betul dan juga kita tidak pernah mengunci setiap doa yang kita lafazkan
KESIMPULANNYA : Allah telah menciptakan seorang khalifah di muka bumi ini iaitu Adam AS, Hawa hanya sebagai pendamping setia Adam serta pendukung perjuangan Adam dalam menjalankan perintah Allah di muka bumi ini. Siti Hawa diciptakan Allah daripada tulang rusuk Adam sebelah kiri paling bawah, dan kerana itulah isteri menjadi pendamping/ma’mum bagi suaminya namun bukan sebagai KOMANDO atau PENENTU. sejarah tersebut sangat luas dan dalam maksudnya, ia PELAJARAN bermakna bagi anak cicit turunan Adam dan Hawa TERUTAMANYA dalam menjalani pergaulan hidup SUAMI/ISTERI (sumber milenia muslim)
moga kita tergolong dari hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk menjadi hambaNya yang cemerlang, sentiasa membiasakan yang betul, muhasabah diri, terima apa jua ujian dengan ikhlas, sering berpesan pesan kepada kebaikan dan kebenaran DAN yang paling penting TIDAK BERSANGKA-SANGKA DENGAN ALLAH SWT, aamiin
sekian, untuk kali ini
moga kita beroleh kebaikan di dunia dan juga di akhirat, aamiin
Dari apa yg saya perhatikan selama beberapa tahun ni, wanita yang menentang kuat poligami Allah bagi ujian dasyat. Sehinggat tak tercapai dek akal. Saya setuju Akak cakap, tak kena kat diri sendiri, akan terkena kat anak2, sedara mara, adik beradik. Apa2 berhati-hati dalam kata2.
Azman recently posted..Santai Tasik Sri Permaisuri
ya man, itu semua pengalaman, hampir 15 tahun melaluinya, apa pun moga kita terhindar dari mengenepikan hukum Allah, aamiin
sweetkurma recently posted..asal jangan dimadu
kena banyak bersabar.
itu je la mampu nasihat.
inshaAllah
mudah2an ya
aamiin
sweetkurma recently posted..asal jangan dimadu
Kalau mampu adil, berkahwinlah 2, 3, atau 4. Adil bukan dari aspek material sahaja, aspek emosi, fizikal, rohani, spiritual dan banyak lagi. Tanpa ilmu yang kukuh, apa yang Allah benarkan ini, dipandang serong.
ringantangan recently posted..Pameran Buku Islam 2014
memang sering dipandang serong
sweetkurma recently posted..asal jangan dimadu
emo lagi…tapi diam je..takut… hehehe 🙂
Nadot recently posted..Jalan-jalan di Stadium Old Trafford Manchester
hihi itu yang terbaekkkkk
sweetkurma recently posted..asal jangan dimadu
Kadang kala bila kita lupa diri, kita jadi insan yang tidak bersyukur… sukar untuk dibayangkan perasaan wanita yang tidak mempunyai pasangan hidup… suami yang disebelah adalah kurniaan Allah pun lupa.. ingat suami itu adalah hak mutlak peribadi. Begitu juga suami yang mempunyai isteri… peringatan untuk diri sendiri…
Hukum Allah – tetap yang sempurna. ia telah tertulis dan disampaikan oleh Rasulullah… kita langgar hukum itu pasti adalah kesannya. Setiap zarah pasti akan dibalas – itu janji.
MasyaAllah… Allah Maha Besar…
saljuhumairah recently posted..Senarai Harga Terkini November 2014 Smartphone Acer
AllahuAkhbar
sweetkurma recently posted..asal jangan dimadu
Kadang2 dengan kata- kata kita yg tak berlapik pun penyumbang kepada dugaan yang menimpa..jgn terlaku sombong mengungkapkan kata ‘suami sy setia’, ‘kami bahagia sgt2’ atau setiap masa update kisah cinta kita suami isteri..cinta kita, biarlah kita saja yg tahu..
betul tu, akak sangat2 berjaga jaga tapi ada kalanya terlepas juga
sweetkurma recently posted..…. rambut Mah busuk di sebalik tudung…
terima kasih perkongsian ini :-), perkahwinan saya baru berusia 2 tahun. Ujian setiap insan berbeza, monogami atau poligami dua-duanya ada cabaran. Sabar dan redha dengan ketentuan Allah bukan perkara mudah. Moga diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian.
rika recently posted..6 Tips Mengajar Anak Membaca Seawal Usia 3 Tahun
sama-sama
mudah2an aamiin
sweetkurma recently posted..…. rambut Mah busuk di sebalik tudung…
Sabarlah diatas segala sesuatu pasti ada hikmah yang tersimpan
Khairul Zamri recently posted..Solat Sunat Dhuha
tabahh.. in sha Allah 🙂 Allah sygkan hambanya yg bersabar
Betul-betul tersentuh baca artikel ini
Khairul Zamri recently posted..Kenapa Perlu Servis Aircond Kereta