bahagia sebagai isteri ke dua

assalamualaikum dan selamat sejahtera

kita masih lagi bersedih dan berharap penuh agar pencarian MH370 akan berakhir dengan satu penemuan yang diharapkan, walaupun diselubungi kesedihan dengan apa yang berlaku, kehidupan harus diteruskan….

pagi ni ada baca satu entri panas bagi yang tidak suka dan entri sejuk bagi yang memerlukan dari blogger idaman asia tenggara tentang “tips jumpa bakal madu”, tiba2 teringat tentang penyanyi salima AF yang baru tiga bulan menjadi isteri ke dua…

katanya “Kalau orang tanya mengenai status saya sebagai isteri kedua, saya hanya boleh simpulkan yang kami bahagia. Lagipun isteri pertama suami saya baik hati. Saya tiada masalah dengan kakak. “Apa yang penting adalah sikap tolak ansur. Memang tidak dinafikan, kita sering dengar persepsi negatif yang dikeluarkan oleh orang tentang kehidupan bermadu. “Ada yang kata isteri muda biasanya inginkan perhatian tetapi saya tidak rasakan semua itu kerana saya melihat suami kami seorang yang adil”…selanjutnya klik di sini….

sumber : utusan online
sumber : utusan online

kesimpulannya sebagai isteri, tidak kira nombor berapa, apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik, bertanggungjawab dan bertimbang rasa serta perlu memahami peranan sebagai seorang isteri dan juga madu….

manisnya madu bagi yang menghargai…!

inshaAllah

Sila Kongsi :