berakhir di songkhla, selatan thailand

assalamualaikum dan selamat sejahtera

tengok tajuk macam selalu dengar, sebab nama daerah itu sering menjadi desitinasi terakhir bagi yang ingin menjadikan hubungan lelaki dan perempuan menjadi sah atau halal sebagai suami dan isteri, songkhla ya songkhla terlalu popular nama itu……

mengikuti perkembangan seorang teman yang bertahun tahun memperjuangkan nasib untuk mendapat restu dari ke dua ibu dan bapanya untuk bersuamikan seorang lelaki yang sudah punya isteri dan anak…. secara rambang kajian, rasanya hampir semua ke dua orang tua yang tidak mahu melihat anak perempuannya berkahwin dengan suami orang atau bermadu…. atas alasan apa? rasanya terlalu banyak alasan agar perkara itu tidak berlaku….

sebagaimana, pepatah melayu atau inggeris, berkata “cinta tak mengenal siapa”, “cinta itu buta”, “the power of love” dan macam2 lagi lah, sebab terlalu banyak jika hendak dihuraikan….selama bertahun tahun cinta tidak direstui kedua ibu dan bapa, si anak cuba juga menerima lelaki bujang @ yang tidak punya isteri dalam hidupnya, TETAPI hatinya masih tertumpu pada yang satu ini juga….. wahhhhh “untunglah” lelaki tersebut ya…. hehehe

di pihak isteri sedia ada, si lelaki ini tidak punya banyak masalah kerana telah mendapat “izin” sejak dari dulu lagi, alasan si isteri memberi keizinan adalah sebab terlalu sayang pada suaminya, itu kira pengorbanan besar dari isteri buat suami lah…. huhuhu

meredah malam gambar : sumber google
meredah malam
gambar : sumber google

oleh kerana bertahun tahun sudah berusaha untuk mendapatkan restu kedua ibu dan bapanya tidak menjadi, maka pasangan ini, mula membuat kajian @ siasatan bagaimana untuk bernikah di daerah selatan thailand, ada dua tempat yang sangat popular iaitu majlis agama islam daerah narathiwat atau majlis agama islam daerah songkhla, maka pasangan ini memilih songhkla untuk mengakhiri hubungan tersebut dengan sebuah ikatan perkahwinan….

gambar hiasan sumber : google
gambar hiasan
sumber : google

alhamdulillah, semuanya berakhir di songkhla atau majlis agama islam daerah songkhla, ianya berlaku begitu pantas, dokumentasi dari majlis agama islam tersebut lengkap, maka syaitan pun meraung dan menjerit kerana tidak dapat lagi menggoda dua sejoli ini lagi….jangan di kira apa pandangan manusia sekeliling yang paling penting padangan Allah SWT yang wajib di utamakan….

buat temanku “selamat menjadi isteri kepada seorang suami”, moga menjadi isteri yang solehah di sisi suami dan menjadi madu yang terbaik buat “kak tipah” panggilan manja bagi seorang wanita yang bergelar “isteri pertama”…. maka bertambah lah lagi “abang jamil” di dunia ini…. hehehe

sekian, buat kali ini, yang baik semuanya dari Allah SWT…..

wassalam

Sila Kongsi :
  • Abg Jamil February 17, 2014 at 1:00 pm

    Semoga semua selamat, Songkla popular sebab kat situ lah ada Konsulat Malaysia untuk daftar Nikah sebelum balik Msia. Hanya 6 daerah yg diiktiraf oleh Konsulat Malaysia jika nak bernikah di sana, lain tempat tak boleh.

    • sweetkurma February 17, 2014 at 3:53 pm

      wahhhhh ini betul2 kejadian sebab “abang jamil” muncul tiba2 hehe
      terimakasih atas informasi yang diberikan, moga memberi manfaat pada yang memerlukan hiks

      • Abg Jamil February 17, 2014 at 4:56 pm

        Ramai yang pandang serong bila bernikah di sana, tetapi pasangan yang benar-benar ikhlas untuk menjadi “halal” sahaja yang tahu susah payah apabila hendak bernikah di sana. Yang penting selepas itu hadaplah Mak Ayah si isteri bila dah bernikah dan jangan sia2kan wanita tersebut.

        Dah daftar nikah di Songkla( konsulat Malaysia), cepat2 mohon kebenaran dari mahkamah untuk mendapat kebenaran dari pejabat agama masing2 untuk mendaftar nikah. Surat Mahkamah tiada, bermakna tidak boleh daftar pernikahan walaupun sah di sisi agama.

        Sekian sahaja dari Abg Jamil, akan muncul lagi jika di seru!

        • sweetkurma February 17, 2014 at 8:06 pm

          hahahaha terimakasih atas nasihat dan tips yang diberikan, lepas ni boleh lah muncul selalu di ruangan “poligami” kak sweetkurma, moga terus dapat seru…..!

          betul lah tu, yang pernah melaluinya saja yang tahu akan kepayahannya, apa pun sudahnya tentu lah manis kan…. “no pain no gain” hiks

          manisnya madu
          sweetkurma recently posted..berakhir di songkhla, selatan thailandMy Profile

  • Amran February 17, 2014 at 1:11 pm

    Jangan lupa pulak daftarkan pernikahan kat malaysia. Besarnya dugaan kak tipah..

    • sweetkurma February 17, 2014 at 3:53 pm

      inshaAllah mereka daftar lah tu nanti
      kannnn moga “kak tipah” tabah

    • sweetkurma February 17, 2014 at 4:18 pm

      banyak kali cuba ulas di entri cikgu tapi “spam filter” tak jumpa so memang tak lepas lah, ke akak yang tak perasan, yang boleh akak buat adalah “tweet” dan “like” jer huhu
      sweetkurma recently posted..berakhir di songkhla, selatan thailandMy Profile

  • aku penghibur February 17, 2014 at 1:18 pm

    semoga berbahagia dan mendapat rahmat Allah
    aku penghibur recently posted..Kejujuran Itu Menyakitkan Tapi Tak Mematikan, Kebohongan Itu Menyenangkan Tapi Tak MenyembuhkanMy Profile

  • ejam February 17, 2014 at 1:21 pm

    semoga si polan mendapat bahagia yang dicari, dapat persetujuan isteri pertama lagi.
    pujuklah hati kedua ibu bapa tu juga, semoga diterima dengan baik hendaknya.
    ejam recently posted..Setiap Gambar Ada Cerita.My Profile

    • sweetkurma February 17, 2014 at 3:54 pm

      betul tu, jangan berhenti berharap agar restu ibu-bapa di perolehi

  • Bahrain February 17, 2014 at 3:17 pm

    semoga hubungannya berkekalan sehingga ke akhir hayat. 🙂
    Bahrain recently posted..Berjalan-Jalan Ke BahrainMy Profile

  • Anarm February 17, 2014 at 4:23 pm

    owhh.. Ok, dah tau tempat dia.. hehe..

    Semoga Abang Jamil akan berlaku adil kepada isteri2 dan hidup bahagia sampai syurga..
    Anarm recently posted..Seluar Pelikat dari HEYdotMYMy Profile

  • Azman Ismail February 17, 2014 at 6:56 pm

    Pergh… Abg J dah bagi tip tu hahaha.

  • Akuro San February 17, 2014 at 7:17 pm

    klu isteri pertama setuju tuh, rasa tak jadi masalah dah klu nak nikah di malaysia… agaknya lah…
    sbb ada seorang kenalan saya, dia nikah di malaysia menggunakan ‘wali hakim’, walaupun ibu bapa masih lagi ada. atas alasan ibu bapa tidak menyetujui jika mereka bernikah. jadi mereka guna ‘wali hakim’.
    tapi saya pun tak tahu mcm mana dia buat, sampai boleh guna wali hakim tuh… dan kes kenalan saya tuh, dia bukan kes nak poligami, tapi kes kahwin masa tgh menuntut di IPT…
    wallahua’lam~
    Akuro San recently posted..Sepi…My Profile

    • sweetkurma February 17, 2014 at 8:09 pm

      masalah jugak sis, sebab izin tersebut kena melalui proses mahkamah, dan ianya mengambil masa yang agak lama jugak, sedangkan di selatan thailand, ianya boleh selesai dalam masa sehari jer, sebab dokumentasi lengkap, sampai malaysia boleh daftarkan pernikahan tersebut dan bayar jer lah denda sebab “bernikah di luar negara tanpa izin”….InshaAllah
      sweetkurma recently posted..berakhir di songkhla, selatan thailandMy Profile

  • Juan February 17, 2014 at 10:33 pm

    oh abang jamil, heheh, blog akak ni dah macam cerpen tau gaya gaya novel ringkas, hehehe
    Juan recently posted..Rahsia Empayar Hartanah Untuk Pelabur HartanahMy Profile

  • sweetkurma February 18, 2014 at 7:50 am

    oooo yer ke juan
    kira ada bakat lah ya hihi

  • hafizmd February 18, 2014 at 10:47 am

    Abg J dah muncul kasi tips tu…apapun…moga selamat semuanya…

    biarlah setan2 itu menangis sbb dah takde pelaung nak kacau
    hafizmd recently posted..5 Teknik Tidur Cara Pro!My Profile

  • akubiomed February 18, 2014 at 1:45 pm

    Belum ada peluang untuk masuk Thailand.
    akubiomed recently posted..Tips menghadapi cuaca panas terik yang mengigitMy Profile

  • Razifredz February 19, 2014 at 12:36 pm

    Tahniah … barakallahulakuma
    Razifredz recently posted..Tangis Sebatang TamarMy Profile

  • “group whatsApp” antara madu | sweetkurma February 21, 2014 at 2:56 am

    […] teruja juga untuk bertanya khabar pada teman yang baru mendirikan rumahtangga dan melaksanakannya di selatan Thailand seperti yang ku coretkan di entri sebelum ini… […]

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge