bila hati dah suka

aduiii macam di panah asmara pulak bila dah suka, bila tak dapat, asyikkkk terbayang bayang dan teringat ingat, macam ni jugak lah kot kalau kita dah jatuh cinta dengan seseorang…

tapai pulut yang menjadi kegilaan ku di bulan puasa kali ni…ianya berlaku tanpa ku sedari

tak tahu macam mana akak mula menyukai makanan yang dipanggil tapai pulut ni, arwah emak akak dulu rajin jugak buat tapi bukan tapai pulut tapi tapai ubi…. kali pertama terjah baazar ramadhan danau kota, terjumpa sorang kakak menjual tapai pulut, akak beli 3 tangkai dan masuk dalam peti ais, malam2 sikit baru makan….perghhhh memang ngetopppp…. so terus jatuh cinta…

esoknya akak terjah lagi dan beli lagi tapi tak beli banyak, cukup untuk sekali makan…ntah kenapa rasa macam hari2 nak makan tapai pulut pulak, lepas tu esoknya cari tak ada…betul2 kecewa, esok terjah lagi tak ada jugak, tak puas hati pergi terjah baazar ramadhan taman melati tak ada jugak…. masa ni baru akak dapat rasakan bahawa akak betul2 sudah ketagih tapai pulut, tak dapat rasa macam nak nangis dan teringat ingat…

petang ni terjah lagi baazar ramadhan dengan harapan dan doa banyak2 agar tapai pulut ada di jual, jalan sekali tak nampak, pusing lagi sekali terus ternampak, maka dengan rasa bersyukur dan senyum akak borong sebab kakak yang jual tu kata kalau letak peti ais boleh tahan seminggu…tanya jugak kat kakak tu nape dah banyak hari tak jual…TAK SEMPAT nak buat katanya….

bila hati dah suka….degup jantung sering kedengaran…!

Sila Kongsi :
  • Zarul Umbrella July 28, 2012 at 8:33 pm

    tapai pulut ni kat kg saya di Kelantan bila tiba raya memang banyak
    Zarul Umbrella recently posted..Anak Siapa Lah Ni?My Profile

    • sweetkurma July 28, 2012 at 9:06 pm

      memang orang kelantan yang paling sedap buat tapai pulut ni zarul….
      kakak yang jual tu pun orang kelantan…
      sweetkurma recently posted..bila hati dah sukaMy Profile

  • anif July 29, 2012 at 12:36 am

    Saya lebih suka tapai ubi. 😀
    anif recently posted..Direktori Halal Johor 2012 – Senarai Restoran, Hotel Dan ResortMy Profile

    • sweethoney July 29, 2012 at 10:24 pm

      akak pun suka tapai ubi, tapi sejak dua menjak ni terlalu suka tapai pulut pulak…terkenang selalu

  • puanbee July 29, 2012 at 3:24 am

    akk belajar buat sendiri senang je , cari ragi dgn pulut je hahaa
    puanbee recently posted..OST Takdir Qismah | Video Pedoman by NoraMy Profile

    • sweethoney July 29, 2012 at 10:24 pm

      senang bagi orang rajin macam bee, kalau akak ni rajinnya makan jer huhu

  • ohcikgu July 29, 2012 at 6:09 am

    dah lama tak makan tapai nih..geram tengok.
    ohcikgu recently posted..(Video) Terima Kasih Cikgu – Najwa Latif feat Upin IpinMy Profile

    • sweethoney July 29, 2012 at 10:26 pm

      ohcikgu memang geram dan terkenang kenang….sedap sangat2 bila dimakan sejuk2

  • irsah July 29, 2012 at 4:00 pm

    Adehh akak.. petang nih jugak terjah tapai… 2 ari cari dah nih…. ermm. thnks share kak… adehhhh

    • sweethoney July 29, 2012 at 10:27 pm

      terjah jangan tak terjah, memang sedap, manis dan mengasyikkan kalau dimakan sejut2

  • boni kacak July 29, 2012 at 4:39 pm

    huish.. lama gila tak makan pulut tapai ni…. tapi memang sedap pun… wah. nak cari lah kejap lagi..haha

    • sweethoney July 29, 2012 at 10:28 pm

      hahaha cari jangan tak cari, memang manis dan sedappppp

  • spudin July 29, 2012 at 9:24 pm

    whooaaa….saya pun suka kak…haish..tapi tak dapat balik rumah lagi nak rasa air tgn mak ..huuu

    • sweethoney July 29, 2012 at 10:30 pm

      uwaaa memang sedapppp, kalau mak spudin pandai dan rajin buat, untung lah spudin raya nanti tentu dapat menikmati

      • spudin July 31, 2012 at 9:32 pm

        hehe..betul2…emak selalu buat time kalau dia nak buat je…tapi selalunyalah emak buat kuih coklat je..sebab emak tau saya suka coklat..hehe…

  • azman July 30, 2012 at 2:09 pm

    Tapai pulut daun getah…hmm memang sedap Kak…kalau Akak makan dengan Vanilla Ice Cream terangkat tuh…
    azman recently posted..Thesis Theme : Cara Masukan Ad Banner di Header BlogMy Profile

    • sweetkurma July 30, 2012 at 2:49 pm

      tu lah man, memang ada kawan ajor mcm tu pekena dengan vanilla ice cream tapi belum cuba sebab dapat jer terus belasah tak sempat nak cari ice cream… 😀
      sweetkurma recently posted..anak2 teruna shopping rayaMy Profile

      • spudin July 31, 2012 at 9:33 pm

        haha..lawak !!!

  • RIS-FAMILI August 7, 2012 at 9:55 pm

    Tapi memang sedap tapi saya tak leh makan banyak2 walaupun teringin.
    RIS-FAMILI recently posted..Wordless Wednesday | Penggunaan Ubat Di Bulan PuasaMy Profile

    • sweethoney August 8, 2012 at 10:17 am

      betul tu memang tak boleh makan banyak2 sgt, akak selalunya beli buat stok letak kat peti ais dan makan sikit2…
      terimakasih sudi singgah

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge