dendam bukan di tempatnya

assalamulaikum dan salam sejahtera

manusia tidak pernah lari daripada masalah sama ada kanak2, remaja, mahupun dewasa, masalah yang menimpa berbeza beza mengikut kemampuan masing2, di sini aku bukanlah nak bercerita tentang apa itu masalah, sekadar berkongsi sebahagian masalah yang ditempuh oleh orang sekeliling yang melibatkan masalah anak2 tanpa nafkah dari bapa sendiri, atas faktor perceraian ke dua ibu bapanya…

seorang bapa yang begitu bertanggungjawab terhadap zuriatnya dan juga isteri terutama dalam memberi nafkah dari sudut makan-minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya, NAMUN segala galanya berubah apabila perceraian berlaku, tak kira apa puncanya, bila sudah bercerai dan anak2 memilih untuk tinggal bersama si ibu, di sini, bermulalah sikap tidak bertanggungjawab si bapa terhadap anak2nya, mungkin TAK SEMUA macam itu, tapi ADA yang begitu….

sedih sangat sedih…!, bila si bapa sanggup melihat tanpa belas, anak2 meninggalkan pelajaran atas kesempitan wang kerana sifat tidak bertanggungjawab si bapa atas nafkah selepas berlakunya perceraian, anak2 dibiarkan meninggalkan kelas kerana terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan diri sendiri termasuk si ibu (kerana tidak bekerja), ini semua terjadi kerana sifat DENDAM si bapa terhadap si ibu (bekas isteri) atas perceraian yang berlaku…. yang “bercerai” antara si bapa dan si ibu, kenapa anak2 terpaksa menjadi mangsa dendam si bapa… antara anak dan bapa tidak ada istilah “cerai”…

percayalah…. hidup ini bagaikan putaran roda, tidak selamanya kita di atas dan tidak selamanya kita di bawah, andai berada di puncak, jangan lah sombong dan angkuh dengan menutup segala pintu pertolongan kepada mereka yang benar2 memerlukan, terutamanya anak-anak @ darah dagingnya sendiri…

segala nikmat dan kesenangan yang kita miliki adalah dengan izin-Nya, ingatlah…!, kesenangan yang kita nikmati adalah untuk di kongsi bersama insan lain, bukannya untuk menjadikan kita takbur, hidup ini saling memerlukan dan juga saling menghulurkan dalam satu ikatan bernama pertolongan….

sedarkah…?, ketika kita menutup pintu pertolongan terhadap orang lain, maka Allah juga akan menutup perkara yang sama kepada kita…? kenapa masih mahu menutup pintu hati ke arah kebaikan dalam melakukan ehsan, terutamanya kepada zuriat sendiri, sedangkan dengan mahluk bergelar haiwan juga kita digalakkan agar tidak berlaku zalim…

ingatlah, setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan, jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak saham bercambah cambah….jadi, jangan lah “berdendam” yang bukan di tempatnya….

sekadar berkongsi, kalau ada tulisan yang menyinggung, ampun dan maaf jua yang ku pinta kerana aku punya semangat dan azam untuk hidup tanpa kesedihan, keresahan, kemarahan, kedengkian dan kebencian…

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin

Sila Kongsi :