Detik Duka 12.01.2015

Sudah lama blog ini terbiar, bukan benci juga bukan tak sayang cuma tak tahu kenapa tak rasa nak berkongsi cerita di sini, walau pun terlalu banyak cerita yang berlaku sepanjang 2015, namun detik 12hb ni menjadi detik yang paling duka buat ku sepanjang 2015, detik dimana terlerainya sebuah ikatan yang terjalin selama 14 tahun 4 bulan 14 hari, alhamdulillah pasti ada hikmah menanti disebalik semua kejadian….

pergi

hari ini genap setahun ianya berlaku, alhamdulillah duka kian pergi walaupun ikatan terlerai namun ikatan dua hati juga dua jiwa ini belum lagi terlerai malahan kian padu (jangan ada dengki)

kehadiran anak2 dan menantu sentiasa membahagiakan ku
kehadiran anak2 dan menantu sentiasa membahagiakan ku

di sebalik kisah duka ini, sebenarnya terlalu banyak kisah manis berlaku, di mana aku menerima menantu dari anak sulung ku, sekurang kurangnya aku tidak berasa sunyi bila berada di rumah juga ada yang menjaga masa sakit-peningku, terimakasih Allah atas anugerahMu ini, lagi gembira bila menantuku disahkan hamil cucu sulung sebulan kemudian….

alhamdulillah dengan sekali lafaz, muizz bergelar suami kepada elfira
alhamdulillah dengan sekali lafaz, muizz bergelar suami kepada elfira

untuk tidak mahu terus terpandang kenangan indah selama 14 tahun, aku mengambil keputusan untuk berpindah rumah dan lokasi pilihan ku adalah bandar baru bangi, berdekatan dengan rumah adik ku, kakak ku, anak2 buah ku dan juga kawan2 baik ku….

rumah ku di taman seri bagi, bandar baru bangi
rumah ku di taman seri bagi, bandar baru bangi

alhamdulillah sempat juga bercuti sambil mengembangkan perniagaan, kata orang jauh berjalan luas pandangan juga pengalaman yang sudah semestinya mengembirakan, antaranya johor bahru, kota bharu, pulau pinang, bukit kayu hitam thailand, lombok indonesia dan akhir tahun mengerjakan ibadah umrah…..

kenangan percutian ke lombok indonesia
kenangan percutian ke lombok indonesia

kemuncak kembara ku adalah bila di jemput Allah untuk menjadi tetamuNya, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar, ku gunakan masa sepenuhnya untuk beribadah juga berdoa….

moga ini bukan yang terakhir bagi ku
moga ini bukan yang terakhir bagi ku

jabalrahmah

kita tidak boleh kembali kepada masa lalu untuk mengubah sebuah permulaan yang buruk menjadi elok, namun kita masih berpeluang untuk melakukan sesuatu yang berakhir dengan indah, mulai saat ini, insyaAllah, moga Allah berkati setiap detik yang ku lalui, amin Ya Allah….

Dalam hidup ini, tidak ada istilah kebetulan, setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula” – di sebalik musibah ada peluang! alhamdulillah

sekian.

Love

Sila Kongsi :
  • Azman January 12, 2016 at 11:16 pm

    Dah lama tak singgah sini…komen pertama 2016 hahaha….nak jadi Uwan dah akak hahaha…

    • sweetkurma January 13, 2016 at 12:38 pm

      hahaha tq tq, tu lah kannnn orang jawa panggil “nyaie”, tahniah jadi pengomen pertama, mana tahu ada rezeki macam dulu dulu dulu ahakzzzz

  • akubiomed January 13, 2016 at 1:05 pm

    Cabaran seorang blogger untuk menghasilkan post baru. Bukan mudah apabila ide menulis tidak keluar-keluar. 🙂
    akubiomed recently posted..Melepasi fasa minggu pertama tahun 2016My Profile

  • yangbaik January 13, 2016 at 2:02 pm

    pertama kali tinggalkan komen di blog ini pada tahun 2016…. huhuhuhu
    yangbaik recently posted..NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZANMy Profile

  • jamal January 13, 2016 at 7:19 pm

    salam. pilu hati….. ya setuju setiap yg berlaku bukan kebetulan. syabas. alhamdulillah. semoga terus berjaya. amin

    • sweetkurma January 14, 2016 at 1:12 pm

      alhamdulillah terimakasih sudi singgah

    • sweetkurma February 18, 2016 at 8:39 pm

      amin ya Allah
      terimakasih

  • yangbaik February 1, 2016 at 10:48 am

    Akak yang manis… bila lagi nak update blog nie… 😀
    yangbaik recently posted..MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAKMy Profile

  • Khairul Zamri February 16, 2016 at 10:36 pm

    Welcome back kak, semoga terus menerus menongkah arus dan duri ranjau kehidupan
    Khairul Zamri recently posted..Bidara Syifa Penawar SihirMy Profile

  • Fyda Noh February 17, 2016 at 8:00 am

    Memang sedih kalau dah lama tak update blog.. huhu.. saya pun dah lama tak update ni..
    Fyda Noh recently posted..Ketahui Status Talasemia, Elak Wariskan Penyakit Penyebab KematianMy Profile

    • sweetkurma February 18, 2016 at 8:37 pm

      sedih sebab sayang, bukan senang dah mula kan

  • Akak Kembang February 18, 2016 at 3:13 pm

    Bertabahlah ibu…ada jln lebih kelak buat ibu nnt

    • sweetkurma February 18, 2016 at 8:34 pm

      insyaAllah
      terimakasih banyak2

  • As March 15, 2016 at 10:56 pm

    Cantiknya akak… semoga akak terus menulis… tahniah dapat menantu tak lama lagi boleh cucu dah… boleh masuk kisah opah vogue

    • sweetkurma March 22, 2016 at 9:30 am

      hihi tq so much dik, cucu sudah lahir dan berusia 2 minggu ketika akak membalas komen ini

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge