Ditinggal Suami

Beberapa hari ini sweetkurma terbaca kisah bagaimana kehidupan wanita yang ditinggal suami, memang sedih sangat2 bila ada paparan kisah sebegini. Ada kisah yang sweetkurma baca, wanita ini menjadi peminta sedekah selepas ditinggal suami, bayi pula dalam kelaparan dan ada juga kisah mengalami gangguan kemurungan yang dahsyat gara2 ditinggal suami. Tersentuh naluri kewanitaan sweetkurma bila ada kisah2 yang sebegini terjadi sebab sweetkurma ada pengalaman bercerai ketika anak2 masih kecil. Namun sweetkurma bersyukur kerana Allah pelihara sweetkurma dan anak2 dengan segala nikmatNya, alhamdulillah.

Pun begitu, bukan mudah untuk membawa ujian Allah atas perpisahan dengan kehadiran anak2 yang masih kecil yang perlukan perhatian disamping menterjemahkan bermacam ragam setiap hari. Dalam waktu yang sama harus mencari nafkah untuk diri sendiri dan anak2 agar keperluan sebuah kehidupan kecukupan. Allah Maha Besar sebaik baik tempat kita bersandarkan harapan dan segala hajat, pasti kita tidak akan tersesat jauh. Sweetkurma tidak menidakkan bahawa telah banyak kesilapan yang telah berlaku hadir dari diri sweetkurma atas kejahilan sendiri, khilaf ada di mana2. Alhamdulillah Allah hadirkan insan2 berhati mulia sebagai asbab untuk memberi semangat dan bantuan. Meminta kepada Maha Pemberi, pasti dapat sama ada cepat atau lambat (percaturanNya sangat sempurna)….

Ikut pengalaman sweetkurma, wanita yang ditinggal suami atau sebaliknya, sebenarnya bukan tidak boleh bekerja untuk meraih rezeki Ilahi, tapi kegagalan mereka untuk mengawal emosi yang tidak stabil menjadi punca mereka jadi tidak berdaya. Sekiranya mereka boleh mengatur emosi yang hadirnya tidak menentu dengan baik, insyaAllah ianya bukan penghalang untuk mereka mencari nafkah kerana Allah demi diri sendiri dan keluarga tercinta….

Sweetkurma bukan nak kata yang sweetkurma ini hebat, sama sekali TIDAK. Sweetkurma cakap ini sebab pernah mengalaminya, sesungguhnya tidak berbaloi melayan emosi yang tidak menentu, merayu juga merintih apa lagi bercerita kisah buruk bekas suami, kerana sesungguhnya hal ini tidak membantu langsung untuk kelangsungan hidup. PERCAYALAH, bila sweetkurma memilih untuk melupakan semua kejadian, kuatkan semangat, tegangkan sendi-sendi dengan lafaz bismillah dan serahkan bulat2 kepada Allah, sweetkurma mengatur langkah dan dalam melangkah sudah pastinya ada terseliuh, tersepak kayu penghadang, terhantuk dinding dan banyak lagi TAPI tetap lah melangkah….

INGAT ujian Allah tidak tertakluk kepada wanita yang ditinggal suami sahaja TETAPI kepada semua hambaNya yang Dia pilih. Memang BERAT untuk membawa setiap ujian yang hadir TAPI percayalah saat senang semakin hampir untuk kita. SENANG ini bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja tapi berbagai. Untuk hidup nyaman salah satu cara adalah jangan membanding diri kita dengan orang lain, membanding adalah pembunuh.

Walaupun sekarang anak2 sweetkurma sudah besar dan punya kehidupan sendiri, Allah tetap uji sweetkurma dimana sweetkurma bercerai dengan perkahwinan kedua setelah hidup 15 tahun bersama disaat usia menyentuh usia emas, pun begitu sweetkurma tetap bersyukur kerana Allah ada hadiah besar buat orang yang SABAR dalam BERSABAR, ameen.

Kita sudah pasti rasa sedih bila ditimpa musibah tapi jangan biarkan ianya bersarang terlalu lama. Kalau perlu menangis maka menangis lah, sekurang-kurangnya ianya membantu mengurangkan rasa beban yang dipikul….. Maka ikhlaskan dan berdamailah dengan takdirNya…..

Jika diberi kesempatan sweetkurma ingin menyumbang kepada wanita2 yang ditinggal suami bukan dari sudut wang ringgit TETAPI semangat, kerana secara tidak langsung sweetkurma akan tersemangat dengan sendirinya, kerana sweetkurma juga masih menerima ujian dari Allah, alhamdulillah. Semangat adalah salah satu cabang rezeki untuk rezeki selanjutnya….

setiap langkah
setiap sentuhan
setiap senyuman
setiap bicara
setiap suara
setiap pandangan
setiap airmata
setiap nafas ku
telah menginspirasi kekuatan baru untuk berdepan dengan yang di hadapan.  Perpisahan adalah permulaan sebuah keindahan dalam pertemuan seterusnya…..

MENUJU BAIK ITU BAIK

LOVE

Sila Kongsi :
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge