Fabulous Is Great

Alhamdulillah, perkenalan singkat dalam sebuah kelas penulisan skrip dengan Zay Basalie telah membawa kami kepada pertemuan seterusnya selepas itu. Dari saat situ ukhwah kami menjadi semakin erat dan tidak terduga Irda rakan blogger ku juga mengenali Zay, sempurnanya perancangan Allah……

Suatu hari kami mengatur masa untuk bertemu, santai-santai minum petang di Ampang, ketika itu perbualan kami banyak menjurus kepada pengalaman kami menyusuri jalur kehidupan sebagai ibu tanpa pasangan, ternyata cara kami berbeza kerana kami datang dari generasi yang berbeza…..30an – 40an – 50an……

Sebagai seorang pengarah dan pembikin filem, tiba2 Allah beri Zay ilham atau idea untuk mengabungkan ketiga-tiga generasi tersebut dalam sebuah program di youtube….

How To Be Single Again

Sebuah rancangan bersiri untuk siaran YouTube yang akan membawa anda mengenali 3 generasi wanita yang fabulous dan mengikuti perjalanan mereka disetiap episod…….

Siti, Irda dan Zay.

mereka menjalani, menikmati dan mensyukuri kehidupan dengan senyuman
mereka menjalani, menikmati dan mensyukuri kehidupan dengan senyuman

Ketiga-tiga wanita ini telah melalui fasa-fasa yang menarik dan tidak kurang juga yang melukakan dalam kehidupan mereka. Namun, apa yang menjadikan mereka kuat adalah kuasa Maha Pencipta, doa dan sokongan orang-orang yang baik….

Zay (30s) Producer / Director at Wide Angle Film Production Sdn Bhd
Zay (30s)
Producer / Director at Wide Angle Film Production Sdn Bhd

Walaupun mereka fabulous, tetap saja mereka menerima tohmahan dan kata-kata kesat dari golongan yang cetek akal. Atas sebab itu, mereka merasakan bahawa Vlog ini akan dapat membantu wanita lain yang turut terkena tempias kerana memegang status Janda @ Balu….. Janda….wahhhh sebut pun geli…, so from now on, perkataan itu akan ditukar menjadi Fabulous dalam kamus kami……

Irda (40s) Scriptwriter cum Blogger at BicaraMakDara.Com
Irda (40s)
Scriptwriter cum Blogger at BicaraMakDara.Com

Vlog ini akan memberi pendedahan dan motivasi untuk fabulous singles di luar sana untuk bersama-sama meneroka pengalaman baru dan bangkit dari kedukaan yang sudah lama berlalu…..!

Siti (50s) Businesswoman cum Blogger at SweetKurma.Com
Siti (50s)
Businesswoman cum Blogger at SweetKurma.Com

Ayuh kita nikmati dunia yang diisi dengan segala kenikmatan ini dengan gembira…., para fabulous ladies, hapuskan saja air mata itu dan berlarilah menuju kejayaan yang tertangguh itu. Bukalah sayapmu dan terbanglah menuju destinasi cinta…….

when there is a strong woman character in a story - that always grabs us.....
when there is a strong woman character in a story – that always grabs us…..

Jangan lupa, ikuti perjalanan kami di Youtube ya!

Love

Sila Kongsi :
  • Nurul Mat November 7, 2016 at 6:54 am

    Kak Siti 50s? Tak nampak macam 50s pun.. Nampak dalam 30s.

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge