“group whatsApp” antara madu

assalamualaikum dan selamat sejahtera

teruja juga untuk bertanya khabar pada teman yang baru mendirikan rumahtangga dan melaksanakannya di selatan Thailand seperti yang ku coretkan di entri sebelum ini

pertemuan kami kali ini, temanku banyak bercerita tentang pengalamannya yang baru saja mendirikan rumahtangga dengan lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak, bagi dirinya macam insan2 lain juga, sangat gembira kerana dapat hidup bersama dengan lelaki yang dicintai dan yang paling penting mendapat izin dari isteri pertama….wahhhh gitu…!

gambar hiasan : drama madu di TV3  (sumber google)
gambar hiasan : drama madu di TV3 (sumber google)

memang menarik cerita temanku kali ini, kerana selama ini aku berkawan dengan isteri2 pertama saja, jadi cerita yang selalu diutarakan adalah tentang kejahatan isteri ke dua (madu) TETAPI berlainan dengan temanku yang ini (isteri ke dua), dia bercerita tentang kebaikkan yang ditunjukkan oleh madunya (isteri pertama @ kak tipah, panggilan manja buat isteri pertama)…

selepas saja madunya tahu yang dia selamat bernikah di songkhla, madunya terus mengucapkan “selamat pengantin baru” dan mendoakan moga kekal bahagia hingga ke syurga…. wahhhh ini memang sangat2 mengejutkan ku dan cerita begini walaupun ada berlaku tapi sangat jarang-jarang dan kadang-kadang….!

satu hal yang buat aku terkejut dan baru pertama kali dengar, madu kepada temanku ini terus “create group whatsApp” dan invite dia “join the group” sekali dengan si suami, teman ku tidak teragak-agat untuk “accept” begitu juga di pihak suami…. so bermula lah sembang2 dalam talian di antara madu2 dan juga suami…. fuhhhh..! peluh manjaku mula menitik…!

tidak dapat dinafikan, memang banyak kelebihannya “whatsApp” ni, dah lah guna free cuma kena ada “internet line” je, boleh pulak antara madu2 dan suami mereka berkomunikasi antara satu sama lain, terlalu banyak kelebihannya jika kita bijak menggunakannya, sebab tu lah “facebook” sanggup beli dengan harga berbilion ringgit ya…!

alhamdulillah syukur, sebagai teman aku sangat bahagia bila melihat kawan baik berbahagia dengan kehidupannya sekarang, moga suatu saat kedua ibu/bapa temanku ini dapat menerima hakikat bahawa anak kesayangannya ini telah selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki yang sudah berkeluarga….moga restu kedua ibu/bapa atas pernikahan ini dapat diperolehi…

pandangan Allah tetap di dahulukan, begitu juga restu kedua ibu/bapa tetap diharapkan dan menjadi keutamaan…

sekian buat kali ini, segala yang baik datangnya dari Allah SWT…

moga beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat, amin….

Sila Kongsi :