isteri meminang “madu”

assalamualaikum dan selamat sejahtera

baca tajuk mungkin ramai bakal2 abang jamil yang tersenyum… kisah ini ku baca dari “utusan online” dalam ruangan hiburan, yang dikongsikan oleh pelakon Datuk Zulkifli Zain, bagaimana isterinya Datin Normala Omar meminang seorang gadis buat suaminya….

tidak semestinya bila isteri meminang isteri baru buat suaminya itu, bermakna dia betul2 rela atau tidak kisah langsung TETAPI apa yang dilakukan oleh si isteri biasanya memang bersebab dan punya alasan tersendiri sehingga sanggup mengorbankan rasa cemburu yang membuak buak…..

sumber google : gambar hiasan
sumber google : gambar hiasan

cuma lelaki ni kadang2 bila kita kata JANGAN!!! selalunya lagi lah dia nak buat TETAPI kalau kita bagi kelonggaran atau pelepasan atau suka hati lah atau “kahwin lah kalau nak kahwin”, dia jadi kurang bersemangat untuk meneruskan hasrat untuk menambah isteri…. akak berani tulis, sebab memang pernah berlaku, si suami mula2 rasa takut dan seriau nak beritahu isteri tentang hasrat untuk berkahwin lagi satu, tapi bila dia beranikan diri untuk beritahu pada isteri DAN sangat2 memeranjatkan bila si isteri kata “OK” kahwin lah…. TIBA2 si suami rasa serba salah dan tidak jadi kahwin lagi satu…

apapun tahniah buat isteri2 yang berani berbuat begitu, semuanya demi suami tercinta dan tidak mahu ianya berlaku secara senyap tanpa pengetahuannya….

sekian buat kali ini, segala yang tidak baik adalah atas kekhilafan saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT…

wassalam

Sila Kongsi :
  • Azman Ismail February 15, 2014 at 6:17 pm

    Suruh isteri pi beli madu lebah kat kedai berani la Kak hahahha..
    Azman Ismail recently posted..Wakaf Al QuranMy Profile

    • sweetkurma February 15, 2014 at 6:19 pm

      hahahaha mula2 buat gitu ler, kena slow2, mula2 madu lebah, lepas tu baru lah orang….. kalau dah cukup kebal lah hiks
      sweetkurma recently posted..isteri meminang “madu”My Profile

  • Akuro San February 15, 2014 at 6:39 pm

    alahai, kak… teringat saya seorang brother kat tempat kerja lama. bila saya kerja 1 group dgn dia, dia asyik mengusik kata nak ‘antar rombongan’ ke rumah saya. sampailah ada lagi sorang brother lain tegur dia, cakap…
    “kalau kau nak rombongan ke rumah dia, kau kena antar bini kau tau.. kau jgn main-main..”
    sejak tuh, dia tak berani sebut lg ayat nak ‘antar rombongan’.. huhu~
    Akuro San recently posted..Resepi Salad Udang Mayo Chef SuwarsiMy Profile

    • sweetkurma February 15, 2014 at 6:48 pm

      tu lah kannnnn, bila kawan tu sebut suruh bini datang meminang, tiba2 tentu dia terbayang taring yang keluar kat bini dia hehehe
      sweetkurma recently posted..isteri meminang “madu”My Profile

  • Nadot February 15, 2014 at 7:29 pm

    baru bace kat utusan on9 pasal cerita datin normala n datuk zulkifli tu… baik, sweet & tabah betul tu. Tetap emo kalau bayangkan kena macam tu. Nauzubillah… heheh
    Nadot recently posted..Yeo’s Pilihanku Di Mana Saja Aku BeradaMy Profile

  • KiD February 16, 2014 at 10:12 am

    hehehe.. hantar rombongan untuk siapa lah lepas ni…
    KiD recently posted..Pasangan Finalis Fear Factor MalaysiaMy Profile

  • Pakar Bagaimana February 16, 2014 at 4:56 pm

    Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

    Tapi kalau nak redha macam meraka bukan senang…… tapi…. itulah dunia
    Pakar Bagaimana recently posted..Bagaimana Cara Sebenar Membeli Rumah Lelong ?My Profile

    • sweetkurma February 17, 2014 at 11:37 am

      moga terus tabah dan redha bagi yang mengalaminya

  • Denaihati February 16, 2014 at 4:58 pm

    lelaki ibarat budak keciklah, lagi larang lagi nak buat…ha ha..
    ayat power kalau berani macam tu.
    Denaihati recently posted..Kisah pengalaman hubungan suami isteriMy Profile

  • akubiomed February 18, 2014 at 1:20 pm

    Bertuah dapat isteri seperti beliau. 🙂
    akubiomed recently posted..Apa lelaki mahu dan apa wanita nakMy Profile

  • Razifredz February 19, 2014 at 12:42 pm

    Secara umumnya orang akan berkata … beruntunglah dapat nikah 2 kau ye. Alhamdulillah bukan semua lelaki dapat kelebihan yang Allah beri dng bernikah 2. Tapi wahai lelaki sedarlah sebenarnya pernikahan itu satu nikmat dan rahmat buat kali pertama. Namun ujian buat kali kedua dan seterusnya. Bersedia bukan hanya pada zahir tapi iman itu adalah tunggak keseluruhannya…. pandangan hamba yang biasa ini
    Razifredz recently posted..Tangis Sebatang TamarMy Profile

    • sweetkurma February 19, 2014 at 2:28 pm

      tentang dugaan dan cabaran beristeri lebih dari satu ni, rasanya semua orang lelaki tahu, tapi yang itu juga yang dia nak buat huhu
      sweetkurma recently posted..Gangguan Bekalan AirMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge