kejamnya lelaki ini

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua…

dari pagi cuaca hari ini agak tenang dan mendamaikan, tapi ianya tidak sedamai gelora hati wanitaku kerana terkenang kekejaman insan bernama lelaki…. lain macam jer bunyinya ni kak sweetkurma? cer citer… heee

begini ceritanya, pengomen2 awal blog sweetkurma mungkin masih ingat kisah yang pernah akak paparkan yang mengisahkan seorang lelaki yang “cili padi @ pucuk tak hidup”, isteri beliau adalah teman baik ku dan mereka sudah pun bercerai, puas memujuk temanku untuk di ajak rujuk tapi temanku memang dah tak sanggup bersuamikan si cili padi yang kejam itu…

cili padi yang ini memang "hot" tidak diragui kepedasannya
cili padi yang ini memang “hot” tidak diragui kepedasannya

minggu lepas kak sweetkurma dikunjungi temanku ini, lama juga tak jumpa dan bersembang, dalam bersembang tu, temanku pun terkeluar cerita yang bekas suaminya yang cili padi itu sudah mahu berkahwin lagi dengan ibu tunggal yang punya beberapa orang anak…. akak terkejut lah sebab kejam sungguh lelaki ini, dah tahu diri tu tak sempurna kerana punya pucuk yang tak hidup masih mahu beristeri lagi…kami berdua memang simpati sungguh dengan wanita tersebut, malang sungguh nasibnya nanti…

temanku dah boleh bayangkan betapa kecewa dan sedihnya wanita yang ingin dikahwini bekas suaminya itu pada malam pertama perkahwinannya nanti, sebab masa itu lah tembelang si cili padi ini akan pecah, masa itu nurani wanitanya akan menjerit, meraung dan meronta dengan nasib yang menimpa diri, tapi apakan daya lelaki ini sudah menjadi suaminya…maka hidup lah wanita ini dengan menikmati bahtera perkahwinan sebagai “sekadar di pinggiran”….

kesiaaaaaaaannn…..apa yang kesiannn?…kesiaaaaannnn….

Sila Kongsi :