mampukah hawa hidup sendiri

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

bila sebut saja hawa, tentu akan ada yang terfikir agaknya kak sweetkurma ingin mencoretkan sesuatu yang ada kaitan dengan drama bersiri adam dan hawa, yang sedang hangat di tayangkan setiap isnin – khamis saluran astro 134…oh sama sekali tidak….!

adam dan hawa…. saluran 134 astro…..

ia cuma mewakili kaum hawa (isteri) yang sentiasa mencari kesilapan dan kesalahan suami (mewakili kaum adam), akak sentiasa tertanya tanya, apa sebenarnya yang sang isteri ini mahukan dari suaminya, sentiasa menjaja cerita tentang keburukan sang suami sedangkan itu adalah suaminya sendiri, bapa kepada anak2nya dan insan yang menyediakan tempat tinggal dan keperluan keluarga seharian….

ini semua atas salah sangka @ buruk sangka sang isteri terhadap suaminya yang kononnya berlaku curang di belakangnya menyebabkan kurang layanan suami terhadapnya, bagi akak dalam hal sebegini, isteri pun banyak menyumbang ke arah kecurangan suaminya (kalau betul lah suaminya curang), kerana selalu sangat menuduh si suami curang maka dah jadi macam doa pulak…

kalau dah tak tahan bersuamikan suaminya itu, tak perlu banyak cakap @ cerita @ menjaja keburukan suami kat orang luar, angkat kaki belah je lah…bila dinasihat untuk angkat kaki, tak berani lah pulak, risau tak boleh hidup mewah macam sekarang, kesian kat anak2 dan macam2 lagi alasan….

ini bermakna hawa (isteri) tidak mampu untuk hidup sendiri…. kalau tak mampu, duduk diam2 dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sebaiknya serta terus berdoa agar sentiasa beroleh keberkatan dalam melayari hidup ber rumahtangga layan suami sebaiknya, sentiasa bermohon pada Allah agar suaminya menjadi suami yang beriman…. in shaa Allah, amannnnnn….

kita mahukan suami yang baik….. adakah kita ini sudah cukup baik untuk suami kita…..?

fikir fikir kan….

Sila Kongsi :
  • donnyien November 27, 2012 at 4:42 am

    Hai Sweetkurma,

    Harap akak tabah mengharungi hidup ini, hidup tidak akan lengkap tanpa cabaran. Hawa di lahirkan untuk menajdi pasangan Adam yang hidup keseorangan pada mulanya.

    Bagi saya, jika kita selalu dekatkan diri dengan Tuhan, orang di sekeliling kita juga respect dengan kita, bermula dari kita sendiri dahulu, barulah kebahagiaan itu akan dapat di rasai oleh keluarga kita, kasih itu indah bila dikongsikan bersama.. Because God is Love.

    Harap-harap kita di jauhkan dengan sifat berzina…
    donnyien recently posted..Let’s start givingMy Profile

    • sweetkurma November 27, 2012 at 11:08 am

      tq so much donny atas pandangan yang akak kira sangat2 bernas ini…

      cuma apa yang dicoretkan di atas bukan kisah akak tapi kisah seorang isteri yang tidak pernah puas hati dengan si suami
      sweetkurma recently posted..mampukah hawa hidup sendiriMy Profile

  • Nadot November 27, 2012 at 6:32 am

    tu la..lain orang, lain prangainye… perempuan yang biase2 n tak berapa kuat iman macam sy ni (hehe) mmg suke nak fikir bukan2… tapi takde la over cam entry di atas… hehehe… Smoge dipanjangkan dan dikekalkan jodoh2 kita… (^_^)
    Nadot recently posted..Tolong Doakan Aku Boleh?My Profile

    • sweetkurma November 29, 2012 at 1:06 pm

      hehe biasa lah nadot
      mari lah kita sama2 memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik

  • Denaihati November 27, 2012 at 8:27 am

    ALLAH tak pernah menzalimi hambanya melainkan hambanya yg menzalimi diri sendiri … daripada pandangan mata kasar kebanyakan kawan-kawan lelaki yang ada orang ketiga pasti isterinya bermasalah … masalah paling nyata tak mahu berkorban untuk buat apa yg tak disukai demi suami dan anak-anak. Contohnya kalau isteri tak suka masak asam pedas tapi suami dan anak-anak suka asam pedas tapi isteri tak nak berkorban untuk masak juga … isteri lebih suka pertahankan yang dia tak suka asam pedas. Selalunya benda-benda kecil bila dikumpul-kumpul jadi besar dan bila dah meletup pun tak nak berubah. Siapa yg boleh mengubah diri kita melainkan diri kita. Berkorban buat apa yg kita tak suka demi orang kita sayangi kan suatu yg menyeronokan.
    Denaihati recently posted..Blog Terperangkap Dalam Dunia SEOMy Profile

    • sweetkurma November 29, 2012 at 10:21 pm

      setuju dengan pandangan DH, ada juga isteri yang sebegini yang ego dan tidak mahu berkorban demi suami dan anak2, walaupun pengorbanan tersebut tidak lah sesukar mana untuk dilaksanakan, kalau ada pun pengorbanan, nak sangat suami dan anak2 sebut dan sentiasa menanti nanti penghargaan dari suami sedangkan penghargaan Allah lagi besar…

      akak bukan nak menidakkan keperluan seorang wanita, tapi wanita yang akak coretkan ni memang pelik sangat2…

  • akubiomed November 27, 2012 at 9:12 am

    Mana-mana perkara yang mengaibkan tentang suami tidak perlu dijajakan kepada orang. Kalau tidak apa gunanya bersuami dengan lelaki sebegitu kerana kita yang membuat pilihan sendiri memilih pasangan hidup.

  • azman November 27, 2012 at 10:14 am

    Sama sama kita renungkan….

  • syaifuddin alias November 27, 2012 at 3:12 pm

    onak duri, itu yang akan menjadi pemangkin kepada kejayaan.. semestinya, tanpa ada dugaan dan cabaran, pasti kita terus leka dan berada di takuk yang lama.. susah untuk berjaya tapi senang jika ada usaha :]
    syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba NasibMy Profile

  • Eizil November 27, 2012 at 3:16 pm

    Apabila tidak dapat mensyukuri setiap kurnia dariNya, ramai yang jadi seperti dalam situasi yang akak tuliskan ni, semoga kita terlindung dari perkara sebegini. Sayangi pasangan kita seadanya dan cuba elak buruk sangka secara melulu dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita dan pasangan.
    Eizil recently posted..Mengapa aktiviti blogging contest diadakan.My Profile

    • sweetkurma November 29, 2012 at 10:26 pm

      betul tu eizil, kena bersangka baik dengan pasangan dan belajar untuk menerima segala kekurangan….
      mudah2an kita terhindar dari suasana sebegini, amin
      sweetkurma recently posted..mampukah hawa hidup sendiriMy Profile

  • Blog Keperawatan November 27, 2012 at 9:49 pm

    Memang adalah kodrat manusia untuk menikah dan mempunyai banyak keturunan. Bukankah menikah adalah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri.
    Menikah berarti kita harus siap secara fisik dan mental apapun adanya pasangan hidup kita. kelebihan dan juga kekurangannya. Bukankah dengan menikah satu sama lain kita saling melengkapi.

    Manusia tiada yang sempurna, kesempurnaan hanyalah milik Allah Ta’ala…untuk itu kita tidak perlu membicarakan kekurangan pasangan hidup kita…justru terpenting bersama-sama membina keluarga yang sakinah,mawaddah, warahmah dan beribadah kepada Allah.
    Terima kasih kak Siti telah benyak memberikan pencerahan dan ilmunya kepada saya
    Blog Keperawatan recently posted..Mendidik Anak Dalam KandunganMy Profile

  • Nurul November 28, 2012 at 11:42 am

    Betul tu kak.. Kadang2 penat nak dengor kisah org dah berumahtangga.. asyik2 cita pasal suami dia itu suami dia ini.. pastu x malu plak tu cita kat org tu orang ni… Kita yg bujang ni dengor jelah.. menyampah pun ade..
    Nurul recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

    • sweetkurma November 29, 2012 at 10:32 pm

      betul tu nurul, penat sangat2 dengar isteri mengutuk suami sendiri, pastu bila terserempak dia dengan suami dan anak2 macam tak ada apa yang berlaku, memang HERAN dengan orang yang sebegini
      sweetkurma recently posted..mampukah hawa hidup sendiriMy Profile

  • zack November 28, 2012 at 12:40 pm

    Suami kena banyak maafkan isteri… hakikat wanita itu memang sentiasa perlu dibimbing… maafkan dia kerana dia seorang wanita….
    zack recently posted..Wordless Wednesday #13My Profile

  • titan November 28, 2012 at 2:18 pm

    emm..entahlah. gua pun tak tahu..
    titan recently posted..Nombor 5 pun ok jugak kan?My Profile

    • Mummy Akmar November 28, 2012 at 3:22 pm

      Hahaha Titan terus takpaham. Menda ni sebenarnya dua-dua main peranan. mana-mana isteri atau suami.. dua-dua tidak sempurna. di dalam keluarga, apa2 pon baik buruk sesebuah keluarga itu terletak pada TANGAN SI SUAMI. kerana apa2 pon dia pemimpin yang memimpin keluarganya. nak mendidik takboleh dipaksa-paksa dan kena cara yang betul

      sebagai contoh, kalau kita manager di sesebuah syarikat..kalau apa2 jadi. CEO akan cari manager dulu sbb dibawah pengawasan dia..dia tak cari staff dulu. sama lah jugak institusi keluarga. mesti ada ketidakpuasan hati isteri yang suami tidak pernah kisah pon boleh membawa kepada perangai begini. kadang-kadang tekanan yang dialami nya tu siapa pon taktahu.
      Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

      • sweetkurma November 29, 2012 at 10:33 pm

        tidak menafikan pendapat mummy, tapi yang akak coretkan ni memang tak tahu jenis yang macam mana, hari2 dok kutuk suami tapi dalam masa yang sama mengharapkan belaian….
        sweetkurma recently posted..mampukah hawa hidup sendiriMy Profile

        • Mummy Akmar November 30, 2012 at 1:18 pm

          Biasalah kak..perempuan sukakan perhatian. ada baik dan buruknya. melampau sangat pon tak elok kan..
          Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    • sweetkurma November 29, 2012 at 10:32 pm

      tak per titan kalau tak tahu hik
      sweetkurma recently posted..mampukah hawa hidup sendiriMy Profile

  • Juan November 28, 2012 at 10:43 pm

    akak ni memang banyak pengalaman la, banyak yg saya baca mempunyai erti dan maksud yg berguna, saya suka
    Juan recently posted..Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia Untuk KWSPMy Profile

  • saljuhumairah November 29, 2012 at 5:11 pm

    hidup berumah tangga adalah satu perjalan yang penuh dengan cabaran dan dugaan…
    ia perlu diharungi bersama-sama sama ada waktu suka dan duka…ramai yang terlepas pandang perkara2 remeh yang sebenarnya amat besar dalam sebuah perhubungan…
    saya baru berumah tangga tak sampai 3 tahun… pelbagai benda baru yang dipelajari dalam perhubungan… yang pentingnya petua2 orang2 tua dan doa kepada Allah sahaj… saya suka enty begini…
    saljuhumairah recently posted..Wordless Wednesday (Rumah Azan)My Profile

    • sweetkurma November 29, 2012 at 11:22 pm

      betul tu dik, kita kena cuba menyesuaikan diri dan berdoa untuk menjadi yang terbaik bagi sebuah rumahtangga, rasanya ini yang sebaiknya dari dok kalut menjaja cerita yang tak baik tentang pasangan
      sweetkurma recently posted..mampukah hawa hidup sendiriMy Profile

  • dzuandiey November 29, 2012 at 7:25 pm

    lumrah kehidupan…kalau hidup berumah tangga, lagi banyak dugaan yang mendatang…tak akan pernah putus dari Ujian Allah..
    dzuandiey recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  • sadiq November 30, 2012 at 12:14 pm

    Tunang suka sangat tengok cerita ni.Saya je belum berkesempatan lagi.Dia ada suruh tengok.Belajar jadi romantik macam am (aaron aziz)..hehe..
    sadiq recently posted..Wah,Warna-Warni Kehidupan Di Dalam Keretapi Tokyo!My Profile

  • Hakim Mahmud November 30, 2012 at 9:04 pm

    semoga menjadi renungan kepada orang ramai.
    Hakim Mahmud recently posted..Borang Permohonan Online BR1M 2.0My Profile

  • flashflying November 30, 2012 at 9:05 pm

    sama -sama kita renungkan
    flashflying recently posted..Eset Nod32 Antivirus and Smart Security 4,5 and 6 username and password 2013My Profile

  • lonelystarz November 30, 2012 at 9:05 pm

    semoga dapat dijadikan iktibar kepada orang ramai.
    lonelystarz recently posted..Sinopsis Mamak Cupcake | Sam | Siti SalehaMy Profile

  • BUATBEST ? November 30, 2012 at 9:22 pm

    segala cabaran yang dtg merupakan lumrah dalam alam rumahtangga..suami perlu memainkan peranan penting serta menjalankan tanggungjawab yang sempurna..

    ` `
    BUATBEST ? recently posted..Gempar!!! Penemuan Terowong Rahsia 100km Di Palekbang Tumpat Kelantan !My Profile

  • Razifredz November 30, 2012 at 10:51 pm

    coretan yang sangat baik kak sweet, pedoman bukan hanya untuk isteri tapi juga untuk suami agar lebih memahami isteri … Isteri kena la faham apa yg kak sweet sampaikan tu ye
    Razifredz recently posted..Kalam Hikmah 4My Profile

  • jal December 1, 2012 at 4:43 pm

    isteri sebenarnya mahukan kasih sayang yang sepenuhnya, kalau sisuami tu asyik keja sampai lewat malam, mana tak susah hati siisteri, masa tu Syaitan mulalah menghasut yang bukan2. kalau nak mengelakkan hasutan dari syaitan ni kita kena kuat pegangan pada Allah lagi satu kepercayaan dalam satu2 hubungan juga penting dan kalau ada masalah tak perlulah menjaja keserata alam, cukup sekadar berbincang sesama suami isteri.
    jal recently posted..Cashout ChurpChurpMy Profile

    • sweetkurma December 1, 2012 at 11:57 pm

      berbincang adalah jalan yang terbaik dari menuduh melulu dan menjaja cerita yang tak elok..
      terimakasih sudi singgah
      sweetkurma recently posted..sedikit tak semestinya deritaMy Profile

  • Wanayu December 3, 2012 at 10:51 pm

    Memang betul tu.. Para isteri tak sepatutnya menjaja cerita keburukan suami nya dekat org lain.. Malu tu. Bagi menjaga keharmonian rumahtangga.
    Wanayu recently posted..Palestin Diikftiraf Negara 194 Dalam Senarai PBBMy Profile

  • eiela December 10, 2012 at 10:23 pm

    saya setuju jugak dgn pndgn kak siti, kalau tak larat sgt dan asyik prejudis dengan suami pun tak elok jugak, kalau selalu sangat macam tuh baik angkat kaki shj. itu lg bagus dr berterusan hidup macam tuh, maybe lepas tu hati pun senang.
    eiela recently posted..Rambutan Kuning Si Rambutan GadingMy Profile

    • sweetkurma December 11, 2012 at 10:25 am

      itu yang sepatutnya tapi tak berani pulak
      macam2 orang ni kan
      terimakasih sudi singgah
      sweetkurma recently posted..sesuatu yang baruMy Profile

  • sohoque February 18, 2013 at 2:26 pm

    ya betul.. sebelum menyalahkan pasangan kita, seeloknya cerminlah diri kita dahulu. adakah sudah cukup baik untuk pasangan kita..

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge