memerangi hadirnya orang ke 3

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

orang ke 3..? mengapa ada dia diantara kita…? apa yang ko merepek ni labu…? hehe… bila ingin berbicara dengan hadirnya orang ke 3 dalam hubungan suami/isteri, ianya banyak di kaitkan dengan suami yang ingin membuka cawangan…! betul tak…?

apa yang kak sweetkurma cuba coretkan di sini, adalah kehadiran orang ke 3 diantara hubungan suami/isteri sama ada di pihak isteri atau pun suami, kerana sudah banyak berlaku, isteri orang bercinta dengan suami orang dan begitu juga sebaliknya suami orang bercinta dengan isteri orang, tidak menjadi satu kehairanan ianya melibatkan para bijak pandai @ “educated person” dan ada juga yang di cekup pihak berkuasa….

perasaan malu sepatutnya tersemat kerana hanya seorang isteri atau suami untuk dijaga, namun ianya gagal untuk di jaga dan membahagiakannya… kalau sanggup beristeri maka kenalah sanggup untuk memberi kasih-sayang dan berkerja keras bagi memastikan dia hidup selesa…

sangat2 mengerunkan kerana masih ramai yang terlalu sibuk membina hubungan terlarang sehingga menyebabkan perkara2 penting dalam hidup mereka terbarai begitu sahaja…. bukan ke apabila kita terlalu mencintai hal2 terlarang ini akan membuatkan kita menjadi gila…? nauzubillah…

menjadi suami yang baik kepada isteri yang baik adalah menjadi impian semua pasangan suami-isteri, namun reality kehidupan terkadang membuatkan mereka menjadi lalai dengan kehadiran orang ke 3…

mari lah kita sama2 berdoa agar situasi sebegini tidak menjengah diari kehidupan kita dan sentiasa beroleh keberkatan dariNya…. amin

Ustaz zawawi menulis :

bila sunyi, ada rindu yang berputik… bila sepi, ada resah yang terbit… kesunyian dan kesepian amat merimaskan… jiwa sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa… hati sepi, mungkin kerana kurangnya amal… sepi di dunia masih ada teman tapi sepi di kub…ur dan akhirat merana selama… Allah tempat melepas rindu, al quran pembela, zikir teman abadi…

fikir fikir kan….

Sila Kongsi :