memilih orang gaji sebagai isteri

*
assalamualaikum dan salam penuh kedamaiaan buat semua…

lagi kisah masyarakat yang ingin dikongsikan oleh kak sweetkurma untuk entri kali ni, kerana terlalu kecewa dengan sikap isteri yang sanggup berlaku curang dan meninggalkannya demi mengikut lelaki lain, si suami jadi tidak karuan dan mula gila bayang….masih mengharapkan agar si isteri kembali ke pangkuan, emmm semuanya hampeh…!

lepas abis edah jer, si isteri terus berkahwin dengan teman lelakinya, sanggup hidup bermadu menjadi isteri ke dua, semuanya gara2 nafsu…ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari… perkahwinan ini dapat di hidu oleh isteri pertama, emmmm apa lagi berlaku perang dunia entah ke berapa…isteri pertama mengamuk bagai nak rak, tidak pernah putus asa untuk memisahkan mereka berdua….

sebagai isteri kedua, tentunya ianya menjadi tekanan yang sangat dasat, mohon si suami menceraikan isteri pertama, manakala isteri pertama terus mendesak si suami untuk menceraikan isteri ke dua… dalam keadaan huru hara yang tak kunjung sepi, si suami berkahwin lagi satu setelah 18 bulan berkahwin dengan isteri ke dua…masa ni lah, baru teringat bekas suami dan anak2 yang ditinggalkan….

dengan tidak punya rasa malu, dia kembali ke rumah bekas suami untuk menjenguk anak2, tapi anak2 buat tak layan jer, hancur luruh naluri keibuannya, walau macam mana pun bekas orang gaji yang masih setia menjaga anak2 melayannya dengan baik begitu juga dengan bekas ibu mertua…

tiba2 dia rasa nak pitam dan dunia jadi gelap gelita sekejap, apabila terpandang gambar di dinding rumah yang pernah didiami selama 16 tahun, tergantung gambar bekas suami dan orang gajinya (merupakan saudara bau bau durian dengannya) menggantikan gambar perkahwinannya dengan bekas suami…

ini bermakna bekas suami memilih orang gaji untuk mengantikan tempatnya….

sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna…gigit jari….

Sila Kongsi :