mempersenda poligami

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian….

diruangan ini kak sweetkurma ingin mengambil kesempatan untuk mencoretkan sesuatu tentang hidup berpoligami, mungkin tajuk ni agak panas dan kurang disenangi oleh sesetengah wanita di luar sana, tapi apa yang ingin kak sweetkurma coretkan adalah sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang memerlukan…

poligami merupakan salah satu permasalahan yang boleh menggugat kedudukan kaum wanita dan membangkitkan kemarahan mereka, hal itu kerana secara fitrahnya, seorang wanita tidak ingin dimadukan oleh suaminya, pandangan mengenai isu poligami ini juga adalah berbeza-beza, ada yang berlebih-lebihan, ada juga yang menganggap remeh dan yang acuh tak acuh kerana malu…. yang sedihnya ada yang seolah olah mempersendakan isu poligami ini….anda bertuah kerana punya suami yang tidak mengamalkan poligami TAPI jangan ingat anda akan BERTUAH untuk selamanya, takdir Allah mengatasi segalanya, sementara tidak dimadu atau bermadu ni, SILA JAGA PERCAKAPAN, sebab itu semua merupakan doa, sekali Allah nak UJI kita dan ianya terjadi, masa tu baru lah nak MERAUNG…

meraung, menjerit dan sebagainya sudah tidak berguna lagi sebab ianya sudah terjadi, pabila ianya terjadi, berdoa lah agar semuanya Allah permudahkan dan jangan sekali kali mengaibkan suami sendiri tanpa henti hanya disebabkan ia mengamalkan POLIGAMI…. ini bukan caranya untuk mendapatkan suami kita semula secara total, tak cukup di sini sampai di TANAH SUCI pun ada yang sanggup bercerita tentang aib suami…bukan tugas kita untuk menghukum suami, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk rumahtangga kita…

pesanan saya, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk kita jalani, lalui atau tempuhi, jadi sementara tidak di MADU atau ber MADU ni, sila jaga percakapan atau gurauan kerana POLIGAMI adalah sesuatu yang dibolehkan oleh Islam, jadi ianya boleh berlaku pada bila2 masa saja…. dari mempersenda atau dijadikan bahan gurauan lebih baik, terus terusan berdoa agar ianya tidak berlaku atau suami anda terhindar dari menjadi seorang pengamal poligami…

doaku agar kita semua berbahagia dengan pasangan masing2….

moga kita semua terhindar dari mempersenda hukum Allah….

Sila Kongsi :
  • azman May 9, 2013 at 4:09 pm

    Wah tak ramai yg nak komen entry nih hehehe………

    Semoga Akak perbanyakan lagi entry mengenai poligami,sebab ramai yang nampak buruk jer,dari segi kebaikan tak nampak dan buat2 tak nampak 🙂
    azman recently posted..PRU 13 Dalam KenanganMy Profile

    • sweetkurma May 9, 2013 at 4:55 pm

      hihi, akak bukanlah seronok2 atau suka2 nak buat entri sebegini man, tapi kadang2 rasa ngeri bila ada wanita2 di luar sana yang Allah belum uji dengan hidup bermadu or dimadu mempersendakan isu poligami, dia tak tahu kehidupan bermadu tu macam mana, kadang2 depa bangga sebab suami tak madukan dia, tapi kena ingat ianya sesuatu yang dibolehkan dan bila2 masa jer akan berlaku….

      kadang2 sombong pulak tu, padahal baru jer jumpa “sms cinta” suami pun dah mengelabah sakkan, pastu nak sembang pasal poligami… yang sedih tu kat Tanah Suci pun boleh nak aibkan suami sebab berpoligami, macam lah dia tu bagus sangat…

      akak takut betul dengan sifat sombong ni, memang terus terusan berdoa agar terhindar dari bersifat sombong dan bongkak… astaghfirullah
      sweetkurma recently posted..mempersenda poligamiMy Profile

    • sohoque May 20, 2013 at 11:14 am

      betul.. sy setuju.. bg kesedaran pd kaum hawa.

  • Wanita Mutalib May 9, 2013 at 5:15 pm

    Salam kak Sweetkurma.
    Tertarik nak komen kali ni. Bukan sebab saya bermadu haha. Tapi sebab mak saya bermadu.

    Mak saya isteri nombor dua kepada ayah saya dan Alhamdulillah kami hidup aman dan damai. Memang ada masalah tapi tetap, kami sebagai keluarga yang menumpang sangat-sangat berterima kasih dengan mak tiri kami.

    Pada kami mak tiri kami sangat baik kerana membenarkan ayah berkahwin dengan mami kami.

    Mak tiri kami dah meninggal dan sesungguhnya kami akan tetap ingat pada dia kerana dari kecil dialah yang menjaga kami bila mami kami pergi kerja.

    Namun, disebabkan poligami banyak masalah dan tak semua orang boleh handle masalah tersebut, mami saya memang sekeras-kerasnya mengingatkan saya agar tidak membenarkan suami saya berpoligami hik hik.

    kelakar dan comel kan mami saya.

    hik hik.
    Wanita Mutalib recently posted..TOP 5 — Tips Macam mana nak jadi glamer!My Profile

    • sweetkurma May 9, 2013 at 8:01 pm

      wa’alaikumsalam, syukur alhamdulillah atas kebahagiaan yang dikecapi walaupun menjadi anak dari isteri kedua seorang ayah….

      mami awak tak bagi awak dimadu bukan sebab menentang poligami cuma dia pernah melaluinya dan sudah tentunya tidak sanggup melihat anaknya melalui kehidupan yang sangat mencabar itu…
      sweetkurma recently posted..mempersenda poligamiMy Profile

  • Hazmin Hamudin May 9, 2013 at 10:16 pm

    Saya macam tak layak je nak komen entri ni kak. Saya ni belum kahwin lagi. Hehe
    Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Tinggal Sir Alex FergusonMy Profile

    • sweetkurma May 10, 2013 at 1:17 pm

      bukan tak layak dik, semua layak cuma tidak ada pengalaman untuk dikongsikan bersama, sebab ini melibatkan hukum Tuhan

      terimakasih kerana terus berkunjung ke blog akak…
      sweetkurma recently posted..mempersenda poligamiMy Profile

  • akubiomed May 10, 2013 at 12:42 am

    Kalau jahil dan tidak berilmu lebih baik diam.
    akubiomed recently posted..Makan makan pizza di Papa John’sMy Profile

  • boni kacak May 10, 2013 at 7:31 am

    saya hanya mampu baca je kak. saya tak berani nak komen. sebab saya pun tak ada pengalaman kahwin lagi..
    boni kacak recently posted..Sesi Karaoke Shiha Mentor Bersama PeminatMy Profile

  • syaifuddin alias May 11, 2013 at 1:09 am

    err..susah saya nak komen sbb saya belum kawen..huhu
    syaifuddin alias recently posted..Sedih Bayi Dipanggang Hidup-HidupMy Profile

  • Juan May 13, 2013 at 12:12 am

    bagi saya senang sahaja, poligami ni sebenarnya baik, TETAPI ianya bergantung bagaimana org itu menganggap dan melaksanakannya, itu jer pun
    Juan recently posted..Sebulan Sebuah Buku – Indahnya Hidup BersyariatMy Profile

  • Tips Untuk Isteri May 14, 2013 at 12:09 pm

    Saya amat setuju dengan pendapat awak… cuma saya rasa… hal
    nie perlu di kaji dengan lebih mendalam…
    Tips Untuk Isteri recently posted..Tips Untuk IsteriMy Profile

  • hafizmd May 19, 2013 at 7:16 pm

    Hanya yang pernah melalui kehidupan keluarganya ada poligami tahu bagaimana ‘hebatnya’ dugaan…

    syukur pada Allah, semuanya kembali seperti seperti dulu2…benarlah macam kata kak siti…Allah sudah aturkan semuanya dengan baik..bukan saje utk kita, tp juga utk org lain..

    kadang2, Allah aturkan kebaikan dan kebahagian org lain dengan menguji kebahagiaan rumahtangga kita…ini yg saya dapat lihat daripada rumahtangga ibubapa saya…
    hafizmd recently posted..Kelantan & Selangor Seri, ATM Tewas, Lions Kekal!My Profile

    • sweetkurma May 24, 2013 at 9:58 am

      dalam melayari hidup berumahtangga ni memang sentiasa ada cabarannya, tak kira poligami atau tidak
      sweetkurma recently posted..mempersenda poligamiMy Profile

  • sohoque May 20, 2013 at 11:18 am

    pd saya isu poligami ni kena telus. sbb ianya perlu. kalau tak takkan Islam benarkan dan ianya salah satu sunnah nabi..

    sy rasa mcm nak paste jer link ni kat FB. tp takut ada orang yg silap faham.. heheheh

    • sweetkurma May 24, 2013 at 9:59 am

      telus dan jujur
      paste jer, kalau ianya boleh memberi manafaat kepada orang lain tentu ada ganjaran pahala kan
      sweetkurma recently posted..mempersenda poligamiMy Profile

  • noehas May 21, 2013 at 12:59 am

    Baru ni ada orang cakap kat saya, akak sweetkurma adalah idola ratu poligami, Tahniah.
    noehas recently posted..UMRAH PUNCA HIDAYAHMy Profile

  • fyna May 22, 2013 at 11:17 am

    semua yang terjadi ada hikmahnya kan kak comel. yang penting nasib kita tidak sama dengan orang lain.

    p/s : lama akak comel tak update blog. bz ye?
    fyna recently posted..Suamiku Mengaku BujangMy Profile

  • Bang Iwan May 23, 2013 at 3:18 pm

    Kesempurnaan Islam adalah suatu yang wajib diimani seorang muslim. Karena syari’at Islam telah mengatur semua sisi kehidupan manusia menuju kebahagian hakiki. Dengan ajaran Islam, maka seorang muslim dapat meraih keselamatan dan kebahagiaan di dunia maupun di akhirat.
    Bang Iwan recently posted..Spesifikasi BlackBerry Q5My Profile

    • Bang Iwan May 23, 2013 at 3:18 pm

      Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. [An Nisaa (4): 3]
      Bang Iwan recently posted..Spesifikasi BlackBerry Q5My Profile

      • Bang Iwan May 23, 2013 at 3:19 pm

        Setiap yang disyari’atkan dalam Islam, pasti memiliki hikmah dan manfaat yang besar untuk ummatnya. Dibolehkannya poligami adalah cara terbaik dalam menciptakan keluarga dan masyarakat agar terjaga kemuliaan dan kehormatannya.
        Bang Iwan recently posted..Spesifikasi BlackBerry Q5My Profile

        • Bang Iwan May 23, 2013 at 3:20 pm

          Secara umum, seluruh wanita selalu siap untuk menikah. Dan sebaliknya, banyak lelaki yang tidak memiliki kemampuan melaksanakan konsekwensi pernikahan karena kefakirannya. Sehingga kaum lelaki yang siap menikah lebih sedikit dari wanita
          Bang Iwan recently posted..Spesifikasi BlackBerry Q5My Profile

          • Bang Iwan May 23, 2013 at 3:20 pm

            Poligami dapat mengangkat kemulian wanita yang suaminya meninggal atau menthalaqnya, sedangkan dirinya tidak memiliki seorang pun dari keluarganya yang dapat menanggungnya. Sehingga dengan poligami ada yang bertanggung jawab atas kebutuhannya.
            Bang Iwan recently posted..Spesifikasi BlackBerry Q5My Profile

          • sweetkurma May 24, 2013 at 10:00 am

            bagus pendapat bang iwan ni
            makasi ya
            sweetkurma recently posted..mempersenda poligamiMy Profile

  • sha May 23, 2013 at 6:00 pm

    mudah-mudahan impian semua wanita dan isteri agar mereka tidak berpoligami dimakbulkan oleh Allah….

    betul tu kak ct, kita berdoa yang baik baik sahaja kepada Allah…..
    sha recently posted..Tuntutlah ilmu sampai negeri ChinaMy Profile

  • munir ardi May 24, 2013 at 11:58 am

    Aku pernah lihat wanita yang justru mencarikan istri untuk suaminya
    munir ardi recently posted..Blogger-Blogger Kota Pinrang 2My Profile

  • ProfHariz May 29, 2013 at 10:09 am

    Kerana mulut. Madu jawabnya. Eh
    ProfHariz recently posted..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile

  • fiezaradzi May 29, 2013 at 5:44 pm

    betullah tu kak, tak berani cakap lebih2. semua ni kerja Allah.
    fiezaradzi recently posted..Kaitan Penyu Dengan Labah-labah & Pesawat Dengan Kereta KebalMy Profile

  • KiD June 3, 2013 at 9:31 am

    saya ada kawan lelaki.. dia persendakan poligami ni.. nak kaitkan dengan Nabi kita… huhuhuhu
    KiD recently posted..Panorama dan Drama Mode Samsung Galaxy S4My Profile

  • Sweet HafRizah June 6, 2013 at 6:13 pm

    salam…mintak dijauhkanlah dr kite ape2 yg tak baik tu…… mudah2an hubungan kite dengan suami kite setia hingga hujung nyawa dan hingga syurga..amin….
    Sweet HafRizah recently posted..Secret Recipe : Resepi Rahsia Fruit Punch – Now everyone can drink.My Profile

  • Hafizul June 11, 2013 at 5:12 pm

    Setuju dengan entri ni..haha
    Hafizul recently posted..Pendapatan Kedua Dari Panduan Baju KurungMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge