Orang Ketiga Dalam Rumahtangga

Islam telah menyediakan satu solusi kepada hati yang telah jatuh cinta dengan melalui cara yang paling indah dan mulia iaitu PERNIKAHAN, banyak cara orang boleh jatuh cinta TETAPI cara yang paling mulia adalah dengan pernikahan….

Cinta yang Allah redha adalah cinta yang disemai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan kepadaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini , mata dan hatinya akan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan puji, juga manusia akan puji…. (Syeikh Ibn Qayyim Al Jauziyyah, dalam buku “Tuhan, andai dia jodohku”)….

sumber : the law of attraction
sumber : the law of attraction

Telah sampai masanya untuk sama2 menilai dan menghargai pasangan, jangan terlalu mementingkan kehendak diri sendiri semata-mata, sedangkan dalam masa yang sama pasangan anda sedang menderita dan berkorban untuk tidak berkongsi atas apa yang di rasainya kerana tidak mahu menyusahkan….!

Kalau semuanya berjalan dengan baik antara suami dan isteri, dimana perlunya kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga ya…? Yang ini memang sweetkurma tidak punya idea yang tepat untuk menjawabnya…. Sweetkurma bukan pakar dalam hal2 yang sebegini, walaupun pernah ada pengalaman hampir 15 tahun, yang akhirnya terlerai kerana tidak mahu ada perasaan saling membenci….

sumber : the law of attraction
sumber : the law of attraction

Sweetkurma terpukul untuk menulis sedikit tentang kehadiran orang ke tiga dalam rumahtangga adalah kerana topik ini menjadi top carian di blog sweetkurma. Ini menunjukkan kisah sebegini banyak berlaku di luar sana, sama ada ianya benar2 terjadi atau hanya prasangka pasangan semata-mata….

Khilaf ada di mana-mana….. Wallahualam

❤️
Starlady

Sila Kongsi :
  • nurmisnan November 30, 2016 at 3:01 pm

    nama pun manusia kak.. kita berbalti buat baik mcm mana pun jika Allah nak uji kita pasti akan berlaku.

    Itu sbb banyak peekongsian semasa memasak tu kita banyakkan selawat doa dan ikhlas memasak utk suami dan anak agar senantiasa dia ingat masakan dan kebaikan kita..
    nurmisnan recently posted..Minyak herba asmak wajib ada disetiap rumah andaMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge