pencinta lelaki

assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh

masih mahu bercerita tentang kelebihan lelaki, di hari baik bulan baik Ramadhan ni adalah sangat elok bercerita tentang kebaikkan sesuatu kaum iaitu lelaki, kalau kita selalu bercerita positif pasal lelaki, ianya juga satu doa dan inshaAllah semua lelaki di dunia ini memiliki ciri2 yang kaum wanita idamkan…semoga ianya kekal terletak ditarafnya yang tinggi di atas sebagaimana Allah meletakkannya…

lelaki yang Allah jodohkan denganku, lelaki yang banyak menyumbang kenikmatan dan keseronokan

Allah sudah meletakkan taraf lelaki itu tinggi di atas, moga semua kaum lelaki dapat mengekalkan martabat itu, jadi lah lelaki yang berpekerti mulia, dipilih untuk menjadi ketua keluarga maka pegang amanah itu dengan sebaik baiknya dan jangan sekali kali abaikan tanggungjawab dunia dan akhirat…

dua lelaki yang Allah ciptakan yang lahir dari rahimku
dua lelaki yang Allah ciptakan yang lahir dari rahimku

dari pemerhatian konsep lelaki kini agak berbeza dengan lelaki dulu dari segi penampilan dan imej tapi naluri lelaki sejati  tetap sama iaitu ingin menjadi lelaki sejati….ada lagi ke lelaki sejati..? jawapannya ADA… lelaki yang “SESUATU” pun ramai jugak hehe doaku moga lelaki yang SESUATU ini cepat2 pupus melalui kembali ke pangkal jalan…

lelaki ini adalah sifu dunia mayaku, biznesku, blogku sejak 2004…diuji Allah dengan perpisahan dan bertemu kembali dengan konsep “hidup kan untuk memberi”
lelaki ini adalah sifu dunia mayaku, biznesku, blogku sejak 2004…diuji Allah dengan perpisahan dan bertemu kembali dengan konsep “hidup kan untuk memberi”

dunia sekarang ni agak sedikit pelik bila mana ramai wanita berusia memilih lelaki muda untuk dijadikan pasangan hidup dan begitu juga sebaliknya, walaupun menjadi pasangan muda bagi wanita berusia tapi ramai juga lelaki sebegini yang masih bertanggungjawab…

lelaki yang banyak membantuku dalam mengembangkan perniagaan yang menjadi trend sekarang

bagaimana aku harus mencela atau memberi cerita negatif tentang lelaki, kerana aku dikelilingi lelaki2 yang  bertanggungjawab sama ada dunia atau akhirat…tidurku ditemani lelaki sejati, rumahku dipenuhi anak2 lelaki dan mudah2an ianya menjadi anak2 yang soleh dan berilmu…

sebagai pencinta lelaki, apa yang aku harapkan adalah moga Allah terus memberiku kehidupan yang tidak pernah ada kejemuan terhadap lelaki…

a good man doesn’t just happen, they have to be created by us women (dari wanita dan wawasan)… i LIKE…

 

Sila Kongsi :