poligami senyap

assalamualaikum dan selamat sejahtera

tiba2 terfikir ingin berkongsi sesuatu tentang isu ini, apabila terbaca satu artikel mengenai “poligami senyap” yang cuba di jelaskan oleh penulis, beberapa jam selepas membaca artikel ini, sesuatu telah berlaku dan sudah sering berlaku apabila si suami bernikah kali ke dua secara senyap, agak menyedihkan ianya dapat di hidu oleh si anak dan bukan si isteri, kes ini agak berlainan sedikit kerana biasanya ianya dapat di hidu oleh si isteri, meskipun begitu, sikap isteri yang solehah akan tetap teguh dan percaya pada dirinya sendiri…

poligami merupakan salah satu permasalahan yang boleh menggugat kedudukan kaum wanita dan membangkitkan kemarahan mereka, hal itu kerana secara fitrahnya, seorang wanita tidak ingin dimadukan oleh suaminya, pandangan mengenai isu poligami ini juga berbeza beza, ada yang berlebihan dan ada yang acuh tak acuh kerana malu…. mungkin atas dasar ini, lelaki yang ingin berpoligami, mengambil pendekatan memilih untuk melaksanakannya secara senyap…

menyembunyikannya, mendorong kepada berlakunya fitnah, ini kerana orang ramai tidak tahu bahawa ia telah berkahwin lagi dan isteri pertamanya juga tidak mengetahuinya, amat dibimbangkan ada yang terserempak di mana-mana akan menyangka ia sedang melakukan maksiat, bukan sahaja setakat orang ramai TETAPI anak2 yang pernah terserempak juga bersangka bahawa si bapa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain…

berpoligami secara terbuka atau dengan pengetahuan isteri yang sedia ada juga merupakan amalan baginda Nabi Muhammad s.a.w, amalan berpoligami secara terbuka juga mampu dengan lebih berkesan untuk mengelakkan suami dari bergelumang dengan pembohongan…. biasanya, lelaki yang memyembunyikan perkahwinan seterusnya TERPAKSA berbohong untuk ke rumah isteri barunya, ini menjadikan tahap iman si suami semakin menurun kerana terlalu BANYAK BERBOHONG dalam kehidupan rumahtangganya…

poligami senyap ini berlaku, mungkin juga si suami tidak punya ilmu yang cukup dan bukti yang kuat, untuk menyakinkan isteri pertama tentang kelayakannya untuk mengawini wanita lain…

kepada yang baru mengalami situasi begini, agar dapat membersihkan jiwa dari dendam dan benci kepada suami, moga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan sebaik baik cara, walaupun perceraian yang di pilih, maka uruskan lah dengan sebaik baiknya, TANPA DENDAM….inshaAllah, hati akan selamat bila hidup TANPA DENDAM…

sekian, buat kali ini, sekadar berkongsi, ampun dan maaf jika ada yang tidak kena, ini kerana aku punya semangat dan azam untuk hidup TANPA kesedihan, keresahan, kemarahan, kedengkian dan kebencian…

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin

Sila Kongsi :