sabar dengan isteri

assalamualaikum dan salam sejahtera

akak nak kongsikan dari apa akak baca tentang cerita di zaman Khalifah Umar Ibnul – Khattab

ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul – Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya, apabila orang itu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba2 dia terdengar isteri Khalifah sedang meninggikan suara terhadap Khalifah, sedang Khalifah hanya berdiam diri saja tidak menjawab sepatah pun….

maka orang itu pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, maka dengan tidak semena mena di dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya “apa hajatmu datang ke mari?”…. jawabnya “tidak ada apa2 wahai Amirul Mukminin!”…tanya Khalifah “mengapa datang, kalau tidak ada apa-apa?”…kata orang itu lagi “sebenarnya, saya datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin, tetapi tiba2 saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya”…

berkata Khalifah Umar “wahai saudara ku! aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya, dia telah memasak makanan ku, membuat roti untuk ku, membasuh pakaian ku dan menyusukan anak ku, padahal semua itu tidak wajib atasnya DAN dia juga tempat kemesraan ku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku berlindung daripada melakukan yang haram, bagaimana dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja”…

kata orang itu pula “saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga wahai Amirul Mukminin”… MAKA berkata Amirul Mukminin lagi “wahai saudara ku, bersabarlah atas kelakuan isteri mu itu

gambar : facebook
gambar : facebook

moga apa yang akak kongsikan ini memberi manafaat kepada para suami, bakal2 suami, para isteri dan bakal2 isteri, mudah2an InshaAllah

Sila Kongsi :