sebenarnya saya isteri dia

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah memberkati dan merahmati hidup kita…

ssid

jujur, sebenarnya akak tidak mengikuti drama bersiri ini, tapi entah kenapa malam ni ada beberapa rakan blogger menulis status di akaun facebook masing2 yang ada kaitan dengan cerita ini, kata blogger ini “sebenarnya dia isteri saya” dan blogger ini “sebenarnya dia isteri ke dua saya” (memang cari pasal ler, pengakuan berani mati ni hehe)…. akak pun apa lagi, terus tulis “sebenarnya saya isteri ke dua dia”…. larikkkkk

pengakuan “sebenarnya dia isteri kedua saya” atau “sebenarnya saya isteri kedua dia” memang agak mengemparkan (kalau betul2 berlaku) tapi rasanya memang berlaku, tentu respond berdentam dentum, ada yang mencadangkan untuk menulis novel (ebook) dengan tajuk2 berani mati ini… rasanya macam cun jer idea ini kan…..kalau betul2 nak buat ebook, rasanya akak boleh bagi kerjasama dengan memberi jalan cerita, mana tahu berhasil….

manisnya madu, tak caya cuba lah….larikkkk

Sila Kongsi :