Selamat Pengantin Madu

assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh

Jam menunjukkan sudah hampir pukul 5 pagi, tapi mataku tidak jua mahu pejam, hal ni berlarutan sudah lebih seminggu, walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana di sebelah siangnya aku masih boleh tidur, oleh kerana bekerja sendiri, tidur siang ni bukan masalah besar buat diriku

Dah tak boleh tidur, so apa lagi berblog lah kita ya, hihihi, apa kaitannya aku tak boleh tidur dengan “selamat pengantin madu” huhu, bukan apa saja lah macam nak mengulas sikit pasal cerita ni, di siarkan melalui slot :

Lestary TV3
2014 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)
mengisahkan Hana (Fasha Sandha), yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka, lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya

spm.1

Sejak di siarkan, rasanya ada lah kot beberapa kali, aku tertengok kerana aku memang tidak mengikuti sangat cerita kat TV ni, tapi malam tadi, ada tetamu di rumah so sambil berbual bual aku ONkan TV, tiba2 ada drama ni, so aku pun tengok lah, memang lah bila tengok cerita ni, sakit hati jugak bila tengok si gedik isteri ke dua zulkifli ni

Bila abis cerita ni (akan bersambung), ramai betul “status2 emo” yang keluar di facebook dan hampir semua di tulis oleh rakan FB perempuan, macam2 juga lah yang di tulis dan yang komen pun boleh tahan juga emo-nya, aku ni perempuan jadi aku pun faham lah perasaan kaum sejenisku ini

Sebenarnya hal2 yang berebut ni memang best, kalau makanan yang menjadi rebutan memang ianya jadi sedap di makan, walaupun sebelumnya ianya terbiar begitu saja, begitu juga halnya dengan perkara2 lain termasuk lah berebut “suami”, sebelum si suami ni mendapat tempat di hati orang lain, selalunya isteri memang tak berapa kisah sangat, maksudku tak kisah tu bukan tak di layan tapi tak kisah sebab punya kita sorang TAPI bila sudah ada yang lain (isteri baru) tiba2 isteri yang sedia ada jadi begitu kisah, kisah dari segi 1000 satu macam hal, sebab apa jadi begini? sebab BEREBUT!

spm.2

Bila suasana berebut ni berlaku, peranan suami memang terlalu besar untuk menjadikan ianya stabil, agar tidak terus terusan huru hara, suami kena bijak menangani segala masalah atau hal hal yang berkaitan “BEREBUT” ini, hahaha keeesiannnnnn! kenapa? oh keeesiaannnnn! (ikut dialog MADU TIGA)

Apa pun halnya, mana ada rumahtangga yang 100% ok, tentu ada salah-silapnya, terseliuh ke! terkehel ke! tergigit ke! pokoknya banyak lah yang ter ter ter, tak kisah lah “poligami” or “single-gami” eh ada ke “single-gami”??? suka hati ko lah labu (ikut dialog si labu labi) hihihi

Ok lah, setakat ni jer yang aku nak ulas, coretan ni tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun (kalau ada pun buat diri sendiri lah hihihi – padan muka aku)

sekian, wassalam

Sila Kongsi :