shila amzah yang sekarang

assalamualaikum dan selamat sejahtera

sekali sekala nak juga bercerita tentang dunia hiburan, bukan nak lawan blog hiburan yang ada, sekadar nak kongsi jer hehe, hari ni macam seronok jer baca orang nak kawin, terutamanya cerita tentang pelakon filem Juvana, Johan As’ari bahawa beliau akan menyunting Lana Nordin sebagai permaisuri hidupnya, ramai pihak terkejut khususnya peminat Shila Amzah memandangkan sebelum ini mereka digosipkan bercinta….

shila amzah yang sekarang sangat bijak menangani atas apa yang berlaku, pengalaman dan usia mendewasakannya, suka juga aku baca statement shila amzah ni yang ku dapat dari sinar harian online “Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha”…dan katanya lagi “doakan yang terbaik lagipun ALLAH tahu dan ada hikmah semuanya,” katanya yang menjawab segala respon diberikan oleh peminatnya di laman sosial Instagram….

masih ku ingat lagi, apabila denaihati menulis sebuah entri tentang “Shila Amzah dibadai Ombak Rindu”, macam tak caya jer, aku leh jiwang karat sampai mengalir air mata baca entri ini, tapi untuk kali ini aku dah semakin tua dan inshaAllah takat ni tak menangis hehe

waktu2 begini, peranan ibu bapa sangat lah penting, agar tidak ada perkara2 yang tidak diingini berlaku, kerana ibu bapa lah insan yang paling ikhlas terhadap anak2…

“sebaik-baiknya jika ingin berkawan, pilihlah sahabat yang berakhlak baik dan dekat dengan agama, sahabat yang baik adalah mereka yang boleh membimbing dan memberi nasihat untuk kebaikkan” – profesor madya dr s salahudin suyurno dalam sembang IMAN…

Sila Kongsi :