terasa pahitnya madu

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

terasa pahitnya madu…. pahit ke..? bukan ker madu itu manis…? ada madu pahit ekk sekarang ni….? apa pun sweetkurma juga yang terlebih manis…! sebab kurma dicampur madu…! hiks

selalu terjadi nak tulis entri lain keluar cerita lain…. tersentuh naluri wanitaku bila mendengar kesedihan seorang teman, apabila suami yang dikawini sekian lamanya ada wanita lain, ini bukannya kejadian pertama kali tapi dah berkali kali, jadi kali ini si isteri sudah tidak boleh tahan lagi….mohon diri untuk diceraikan kerana tidak sanggup hidup bermadu…nauzubillah…astaghfirullah…

dah tak ada cara lain ke…? selain dari bercerai…? tak ingat anak2 yang masih terlalu kecil untuk mengerti apa yang terjadi diantara ayah dan ibunya ker…? dah lama hidup bahagia, tentu ada saat2 indah yang boleh dikenang bagi mengukuhkan lagi hubungan…“sebagaimana kita tidak mempersoalkan kesenangan yang datang, kita juga tidak patut mempersoalkan musibah yang menimpa”

suami tu belum pun berkahwin lagi cuma ada kekasih lain, jangan lah bertindak terburu buru dengan meminta cerai, Allah bagi masa untuk kita kembali kepadaNYa, bangun diwaktu malam untuk solat hajat, mohon dan berdoa kepadaNya agar perkara yang tidak diingini ini tidak berlaku…Allah sangat dekat dengan kita dan Dia maha Mendengar segala rintihan hambaNya…jangan berhenti berdoa, InShaaAllah ada jalan mudah dariNya…“segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian apabila ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan” (An-Nahl 16:53)

selagi kita bebas dari penjara kesusahan hati, musibah tidak akan mampu memenjara kita….pertolongan Allah ada di mana-mana…bermohonlah padaNya agar rumahtangga yang dibina ini kekal hingga ke Jannah… amin

Sila Kongsi :