Wanita Itu

Kisah yang ku baca lebih kurang begini ceritanya…. beberapa malam sebelum majlis pernikahan anak perempuannya Pak Kiai ini bermimpi melihat terlalu banyak bintang dan satu bintang yang begitu bersinar telah jatuh di bilik anak perempuannya di pesantren tersebut…. Pak Kiai ini merasakan petanda mimpi tersebut ada kena mengena dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya iaitu menantu lelakinya sendiri…. Namun sangkaannya itu luntur apabila 6 bulan kemudian pasangan tersebut mengambil keputusan untuk bercerai….

Setelah beberapa ketika anak perempuannya melayari hidup tanpa suami, Pak Kiai tersebut telah memilih seorang tenaga pengajar di pesantren nya untuk menjadi menantunya, ternyata cadangan Pak Kiai tersebut telah disambut dengan rasa syukur oleh guru tersebut begitu juga anak perempuannya…. Alhamdulillah ternyata mereka adalah pasangan yang serasi dan hidup penuh bahagia…. Rupa2nya bintang yang jatuh dalam mimpi Pak Kiai tersebut ada lah petanda sebuah kehadiran menantunya dari perkahwinan anak perempuannya yang ke dua….

gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan

Sebenarnya itu lah yang sering terjadi dalam sebuah kehidupan, selalunya seorang lelaki yang dijangkakan menjadi pembela kepada seorang wanita TERNYATA bukan dari kalangan lelaki yang dijangkakan…. Ada kisah di mana seorang wanita itu sedang membina sebuah rumah dari batu-batu yang dibaling oleh lelaki yang dijangka menjadi pembelanya… Namun begitu wanita itu terus mengukir senyuman kerana rumah yang sedang dibina itu adalah sebuah rumah yang dibina dari kesakitan dan sudah pasti hasilnya begitu kukuh, insyaAllah….

Wanita itu terus berusaha dan berdoa kerana sesungguhnya Allah lebih tahu atas apa yang menimpa dirinya…. Sesungguhnya wanita itu tidak ingin kehilangan cinta dariNya… Moga Allah menuntun setiap langkah wanita itu pada garis takdir yang diredhaiNya…. ameen

❤️
Starlady

Sila Kongsi :
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge