Aura Sebagai Perisai

Salam Bahagia

SEMUA aura berasal dari positif. Bagaimanapun, aura boleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian seseorang…

senyuman mampu menyemarakkan aura seseorang

AURA boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapat berita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya, bocor. Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukup rehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati…

KETIKA kebocoran berlaku, semua gelombang negatif akan masuk ke dalam tubuh. Begitu juga, jika kita mempunyai aura yang positif, tenaga yang masuk adalah positif…

Berada di persekitaran yang hijau, adalah salah satu terapi aura

AURA merupakan sebahagian daripada kesihatan manusia yang bertindak sebagai perisai sebelum apa-apa gelombang memasuki badan, seterusnya mengesan penyakit. Orang yang sihat dan tidak sihat memiliki medan aura, bentuk dan kecerahan warna yang berbeza…

Sekiranya tubuh sihat, maka aura kesihatan akan kelihatan lebih tebal, cerah dan rata manakala bagi mereka yang sakit, maka aura kesihatannya menjadi tipis dan gelap…

Terapi yang best

Teknik penyembuhan terapi aura dilakukan dengan cara menyeimbangkan semula aura seseorang dengan fizikal, mental, emosi dan rohaninya. Walaupun setiap organ manusia mempunyai fungsi masing-masing, namun jika otak lemah, kebanyakan organ secara automatiknya akan lemah. Dalam kata lain, seseorang yang dalamannya positif secara tidak langsung, seluruh badannya menjadi sihat…

CARA MEMULIHKAN AURA

Berfikiran positif

Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuh kehijauan bagi mengeluarkan tekanan

Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya, berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit

Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi

Mandi dengan kerap ~ Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas di dalam badan. Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakam apa sahaja yang difikirkan

Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapat menghindari mudah dimasuki aura negatif

Banyakkan minum air kosong

Mengguna supplement aura (produk-produk aura) seperti mandian, sapu dan haruman

Buat terapi aura (cari juruterapi aura)

Meditasi

IN SHA ALLAH

Produk supplement aura

TELAH banyak pengalaman sweetkurma sebagai juruterapi aura, sepanjang terlibat dengan dunia aura ini, alhamdulillah.

❤️

Sila Kongsi :