Hadirmu

I’m singing in the rain, just singing in the rain. What a wonderful feeling, I’m happy again…!

Alhamdulillah

Aku seorang hamba yang penuh dosa, namun tidak pernah berhenti berdoa, merayu cintaMu yang ulung itu…..

Tanpa jemu, aku merindu kasih, mendambakan cinta, mengharapkan redha, dariMu wahai Sang Pemilik…..

Kelmarin, aku pasrah melepaskan cintaku.  Kalbuku bagai ditusuk sembilu dalam kesedihanku, Kau pertemukanku dengan kasih sayang yang memberi rasa yang tidak pernah ku rasakan…..

Semalam, Kau hadiahkan taman indah, agar aku bisa menikmati keindahan cinta, dan berbicara dengan alam tanpa batasan…..

Saat ini, aku yakin, aku mantap, untuk berpegang pada tali minallah, agar aku sentiasa terikat pada cinta di atas cinta.  Izinkanlah aku kekal istiqomah dalam istikharah cintaku….. (kredit : sincerely zay)

Jika kamu kehilangan sesuatu yang menurutmu sangat berharga. Ketika Allah mengambil sesuatu dari hidupmu yang menurutmu begitu penting. Maka jangan pernah berfikir bahawa Allah tidak menyayangimu dengan mengambil sesuatu yang sangat berharga untukmu…..

Kerana jika sesuatu itu baik untukmu maka Allah tidak akan pernah mengambilnya darimu. Jangan pernah berfikir bahawa tidak akan pernah mendapatkan penggantinya.  Kerana Allah tidak akan pernah mengambil apapun darimu kecuali Allah telah menyiapkan penggantinya…. 

Allah tidak akan pernah mengambil darimu jika tidak ingin diganti dengan yang lebih baik…. Alhamdulillah…. Hadirmu

Sweet as Always 💝

Sila Kongsi :