Kalau Sudah Jodoh

Jodoh itu, larilah kehujung dunia, berenanglah satu lautan, terbanglah hingga langit ke tujuh, pasti akan bersatu jua sebab jodoh itu sudah tertulis di Luh Mahfuz. Apabila kita betul-betul menjadikan ini sesuatu yang kita selalu ingat maka selamanyalah kita akan berdamai dengan jodoh kita. Berdamai sebelum diketemukan dan selepas ditemukan lalu disatukan. Oleh itu, usah gusar atau stress terus bila belum ditemukan dengan jodoh kita, tenang saja! 😊

Perempuan diciptakan Allah untuk mendampingi laki-laki, demikian pula sebaliknya. Ciptaan Allah itu pastilah yang paling baik dan sesuai buat masing-masing. Akan ada waktu yang tepat untuk cinta sejati. Allah punya banyak cara bila sudah tiba waktunya.

SYAIR YANG CANTIK DI MATA

Resmi orang bercinta, adanya kesetiaan, adanya ambil berat. Cinta sejati pula, tidak bertambah kerana kebaikkan, tidak kurang pula kerana kesalahan.

Jodoh memang rezeki, sedangkan rezeki pula perlu diusahakan, tidak datang bergolek. Di dalam berusaha pula, banyak pilihan, pada pilihan hadirnya persaingan, pada persaingan tersingkap kesungguhan.

Yang cantik di mata, belum tentu berkenan di hati. Yang baik di hati, belum tentu zahir cantik di mata. Mata lalat nampak sampah, mata lebah nampak madu.

Jika cantik itu hapus, harta itu habis, keturunan itu kurang, maka agama dan akhlak penenang jiwa. Maka soleh untuk solehah, solehah untuk soleh….
Nukilan : Amir’Izzuddin Muhammad

Maka jadilah berlian yang disimpan rapat, sampai Allah datangkan orang yang tepat. Maka percayalah untuk menjadi berlian idaman, tidak perlu merosak diri dengan berkasih-kasihan terus-terusan.

Sebekas cahaya menjadi begitu luar biasa bukan kerana cahayanya, tetapi kerana keadaan sekelilingnya. Semakin pekat malam semakin bernilai cahaya itu. Nilai itu bukan apa yang di keluarkan, tetapi apa yang telah diberikannya, kerana hanya dengan memberi dia akan menerima….

Alhamdulillah, selepas melalui dua fasa kegagalan, sweetkurma muhasabah diri untuk mencari punca tanpa menyalahkan orang lain dan nasib, kerana itu pasti datang dari diri sweetkurma sendiri. Allah Maha Besar, sweetkurma diberi kesempatan untuk mendapat jawapan dari segala persoalan. Jawapannya, sweetkurma kena terima dan berdamai dengan diri sendiri dahulu, iaitu dengan ikhlas menerima apa yang telah dianugerahkan. Apabila kita betul-betul sudah berdamai dan menerima diri sendiri, maka yang akan hadir dalam hidup kita nanti juga akan menerima kita dengan ikhlas, InsyaAllah.

Seseorang yang Allah pilih buatmu itu lebih baik dari pilihanmu sendiri. Apa pun yang telah ditakdirkan buatmu, itu tidak akan mengecewakan mu, berbaik sangkalah pada Allah kerana Dia sedang mempersiapkan jodoh terbaik buatmu. Ianya bukan tentang dengan siapa kita akan bernikah, tetapi sampai tahap manakah kesiapan dan keimanan kita untuk menyambut sebuah pernikahan itu? Kuatkanlah iman dan akhlakmu, agar Allah pun menghadirkan seseorang yang memiliki iman dan akhlak yang begitu baik, jika pasanganmu memiliki akhlak dan iman yang baik, dia akan mempertahankanmu dengan akhlak dan imannya, bukan hanya dengan perasaan dan logikanya. Mahukan kamu menunggu? Sebentar lagi saja… (melodi dalam puisi) sweetkurma ubah mengikut gaya bahasa kita. Sweetkurma suka dan sangat terkesan dengan kata-kata tersebut, alhamdulillah sangat-sangat membantu.

Lebih baik kehilangan sesuatu kerana Allah daripada kehilangan Allah kerana sesuatu…. (melodi dalam puisi).

Sweetkurma berhenti setakat ini sahaja buat kali ini, InsyaAllah akan terus berkongsi dengan lafaz bismillah, moga ianya akan memberi manfaat kepada yang memerlukan, ameen.

Salam Sayang
Sweetkurma
❤️💙

Sila Kongsi :