Arah Mana Jodoh

Salam Bahagia

JODOH itu bukan mesti jatuh cinta dengan lelaki bujang atau yang berkupiah atau wanita yang tidak pernah berbuat salah…

MENJADI isteri ke dua adalah jodoh.  Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh masa zaman sekolah adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga adalah jodoh…

BERKAHWIN dengan orang yang asalnya bukan islam juga tetap jodoh. KERANA jodoh itu asalnya dari Allah, jadi dia datang dalam macam-macam rupa…

SEGALA sesuatu yang disukai dan sesuai dengan keinginan peribadi kita, kelihatannya benar… sebaliknya, segala sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginan kita membuatkan kita marah… padahal cara berfikir begini membuatkan manusia susah mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi olehnya… 

“JIKA benar dia jodohku, maka segalanya agar dipermudah. Segala keraguan akan dihapus. Segala perasaan akan dikuatkan kepada dia. Dan aku selalu meminta kepadaNya agar diberi petunjuk tentang siapa pilihanNya itu, aku ingin benar-benar pilihanNya”. 

SEMUA orang mahu jodoh yang terbaik buat dirinya. Selalu berdoa agar Allah beri pentunjuk tentang siapa yang Allah pilih untuk dirinya. Jika sudah waktunya..! Allah akan memberikan jalan dengan segala kemudahan…

KEBIASAAN dari kita sering mahunya yang bukan-bukan :-

Kita ada terlalu banyak kemahuan, padahal bukan semua yang kita perlukan…

Kita ada terlalu banyak soalan, padahal bukan semua perlukan jawapan…

Kita ada terlalu banyak kebimbangan, padahal bukan semua yang perlu difikirkan…

Kita ada terlalu banyak kekecewaan, padahal kita lupa Allah sentiasa memberi KEBAIKKAN…

🌹

SWEETKURMA

Sila Kongsi :