lelaki perasan kacak : tiada peluang ke dua

bila dah jumpa orang yang berbeza setiap hari, tentu lah macam2 cerita yang dikongsi bersama, rasanya lebih kepada mencurahkan tekanan dalaman…Tuhan sedang menguji tu sebenarnya…

Ku Pendam Sebuah Duka

jiwa wanitaku agak tersentuh dengan cerita yang sorang ni…baru bergelar ibu tunggal…disaat Allah ketemukan dia dengan ku, dia sedang melalui proses tekanan yang terlalu dalam…dari raut wajah dia aku dapat lihat yang dia sedang memendam sebuah duka…

hari pertama berjumpa, tak banyak yang dibicarakan selain dari bicara jual beli tudung, kerana dia ingin memulakan biznes tudung… oleh kerana dia baru dalam bidang ini, so sedikit tip ku bekalkan…

alhamdulillah, orang kata kalau rezeki tak kemana….dia datang lagi dan lagi…tak cukup modal aku ajar macam mana untuk mendapatkan modal permulaan…alhamdulillah dia berjaya mendapatkan modal yang diperlukan.

 Bagai Melukut Di Tepi Gantang

dia berkongsi cerita bahawa sebelum ini dia mempunyai kehidupan yang mewah kerana dijodohkan dengan lelaki kacak yang punya kedudukan yang tinggi di sektor korporat… semuanya berakhir apabila dia diceraikan…betul lah kata Denaihati “lelaki kacak tidak boleh harap” sehingga apa yang di imaginasi oleh kaum wanita yang baik2 semuanya ke laut belaka….

dalam tempoh perkahwinan yang lebih 10 tahun itu, hanya 2 tahun pertama perkahwinan jer dia merasa bahagia dalam nikmat berumahtangga… selepas kelahiran anak pertama semuanya berubah…rupa2nya lelaki kacak ini sememangnya kaki perempuan… bertukar dari sorang ke sorang macam suami isteri walaupun ternyata perbuatan itu haram di sisi Islam…

panas baran..maki hampun tak kira tempat… si isteri hanya mampu berdiam dan sekali sekala merayu supaya dia kembali ke pangkal jalan…betul2 bagai melukut di tepi gantang…merayu dan merayu dan terus merayu…semuanya hampehhhhhh

berapa lama harus bertahan, maka perceraian yang ditakuti terjadi jua….tinggal lah temanku meneruskan kehidupan bersama anak2 yang tercinta…

yang herannya selepas bercerai dan hidup membujang, semua cewek2 yang mengelilinginya lari meninggalkan si lelaki kacak ini…bermulalah hidup sepi seorang lelaki kacak…lelaki kacak ini seolah olah tak percaya apa yang dia hadapi sekarang…

temanku ini, setelah beberapa bulan bangkit dari kedukaan perniagaannya mula mendapat tempat dan alhamdulillah sangat2, dia sukses dalam perniagaan yang diusahakan….dia terus bangkit dan tak nak pandang ke belakang lagi…

kadang2 aku mengusik temanku ini, supaya kembali kepangkuan lelaki kacak yang pernah menjadi suaminya …temanku bilang TIADA PELUANG KEDUA….!  duhhh ambik ko wahai lelaki kacak jadian…huhu

Trackbacks
  • LELAKI KACAK TERAKHIR May 24, 2012 at 3:50 pm

    [...] LELAKI KACAK LUARAN [...]

  • [...] sebab terlalu penat aku bercadang untuk menulis entry yang ringkas selepas solat isya’…selepas solat maghrib aku santai2 dalam bilik solat sementara nak menunggu isya’… tiba2 dapat whatsApp dari temanku yang punya bekas suami “lelaki kacak perasan” – tiada peluang kedua…. [...]

  • Bicara Soal Hati | Blog Cikgu Hairul June 17, 2012 at 12:02 pm

    [...] diri. Sekali terlepas bicara, tersilap perhitungan tak mustahil akan keluar kata-kata “maaf tiada peluang kedua bagimu“. Alahai takkan sampai macam tu sekali. Kalau yang buat tu harap je kacak tapi tak boleh [...]