47 tahun ku di depan Kaabah

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua…

ingin sangat2 singgah di blog kawan2 tapi masih belum berkesempatan atas sebab2 kesihatan dan kerja2 yang ditinggalkan selama dua minggu dan juga projek2 baru yang masuk, sempat singgah dibeberapa blog kawan2 je….walaupun sekarang ini akak tidak berapa sihat, tapi syukur alhamdulillah akak betul2 sihat sepanjang berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah, waktu ini akak gunakan sebaiknya sebab belum pasti sama ada berpeluang di jemput lagi, harapan memang menggunung agar ini bukan umrah yang terakhir…

alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut 47 tahun ku di depan Kaabah, tawaf sunat dan solat sunat diakhiri dengan solat fardhu isya'
alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut 47 tahun ku di depan Kaabah, tawaf sunat dan solat fardhu isya’bersama ribuan umat islam dan sahabat

kita merancang tapi perancangan Allah adalah paling sempurna, ini adalah tahun ke dua, akak menyambut ulang tahun kelahiran di Tanah Suci cuma tahun ini agak istimewa sebab selepas solat maghrib akak menunggu detik 12 malam waktu malaysia dan ianya jatuh betul2 selepas maghrib, syukur sangat2, bila sampai jer detik 12 malam waktu Malaysia, akak terus melaksanakan tawaf sunat, hampir abis tawaf sunat, azan isya’ pun berkumandang, syukur sekali lagi sebab dapat solat fardhu isya’ di dataran depan Kaabah (kalau tak buat tawaf dan saja2 masuk nak solat di dataran depan Kaabah, jemaah perempuan akan di suruh keluar), ini yang akak kira sangat2 istimewa….moga diberi usia yang panjang, kesihatan yang sempurna, rezeki yang luas dan dapat terus berbakti ke jalanNya, aaminnn…

terharu bila satu2nya sahabat yang ada pada ketika itu mengajak singgah di coffee house dan meraikannya bersama.... terimakasih sahabat
terharu bila satu2nya sahabat yang ada pada ketika itu mengajak singgah di coffee house dan meraikannya bersama…. terimakasih sahabat
tambah2 terharu apabila ustaz ketua rombongan kami, menghantar sebiji kek utusan dari seorang teman, sahabat, rakan kongsi susah dan senang serta sifu dalam dunia IT, Networking & Biznes yang berada di Tanah Air.... Ustaz tu bilang, pagi2 dah dapat whatsApp agar mengutus ucapan selamat berserta kek harijadi.... terimakasih ya jasamu tetap di hati....
tambah2 terharu apabila ustaz ketua rombongan kami, menghantar sebiji kek utusan dari seorang teman, sahabat, rakan kongsi susah dan senang serta sifu dalam dunia IT, Networking & Biznes yang berada di Tanah Air…. Ustaz tu bilang, pagi2 dah dapat whatsApp agar mengutus ucapan selamat berserta kek harijadi…. terimakasih ya jasamu tetap di hati….

ucapan selamat juga ku terima dari anak2 teruna tersayang, rakan taulan di FB dan juga luar FB, saudara mara, para pekerja dan agak sedih sebab detik itu tidak dapat ucapan secara langsung dari cowok tercinta, kerana dia berada di Batam ketika itu dan tidak ada line, tapi tak mengapa yang penting dia ingat….

Alhamdulillah, Allahuakhbar, Astaghfirullah….

mari lah menuju kejayaaan….

Sila Kongsi :