kembara media kemboja : menyaksikan kedaifan

sekembali dari kembara media kemboja dari 4 – 10 july 2012, ku kira punya masa untuk terus menulis tapi menjadi sebaliknya, terlalu banyak urusan biznes yang harus dilaksanakan, menjadikan cerita2 yang ku bawa pulang tersimpan untuk beberapa hari….

presiden koperasi muslim kemboja dan orang kuat @ wakil equrban.com

perjalananku lebih dari 1000 kilometer dari sempadang laos hinggalah sempadan thailand yang dianjurkan oleh equrban dan koperasi muslim kemboja memberi 1000 makna dan kenangan dalam kehidupan seharianku, menjadi begitu bersyukur kerana berada di bumi Malaysia…kembara yang sangat2 memenatkan tapi hati begitu puas sebab dapat menyaksikan sendiri kedaifan hidup rakyat kemboja terutamanya rakyat muslim kemboja di daerah pendalaman dan perkampungan baru…

 

keadaan rumah imam surau di sebuah perkampungan baru, begitu usang sekali…terharu dan tersentuh hati ini

 

depan rumah imam, sumber hasil di sini adalah bertani

 

satu pam air ni, akan dikongsi bersama penduduk beberapa kampung berhampiran

bila mengintai secara dekat keadaan rumah imam ni, hati ini begitu tersentuh dan hampir menitiskan airmata kerana amat bersyukur dengan kehidupan yang ku miliki, rezeki yang ada harus dikongsi bersama, kerana Allah ku hulurkan bantuan untuk membina sebuah rumah bagi didiami imam, sebuah pam air dan juga bekalan untuk majlis berbuka puasa bagi penduduk miskin di sini…

peranan koperasi muslim kemboja amat diperlukan untuk membina dan membela penduduk muslim di daerah pendalaman yang mungkin belum dijejaki mana2 NGO, bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah disalurkan@ berhubung terus dengan pihak equrban

pejabat koperasi muslim kemboja, #358B Road, Sang Kat Km6, Khan Russey Keo, Phnom Penh, Kingdom of Camodia, tel (855)236320710

mereka masih mampu tersenyum walau hidup dalam serba kekurangan…moga ada sinar untuk mereka di masa hadapan…aamiinn… hulurkan hulurkan dan hulurkan semampunya

alhamdulillah, seminggu selepas kembali dari kembara media kemboja, Allah bagiku rezeki yang berlipat kali ganda dari apa yang ku hulurkan kepada mereka yang memerlukan di bumi pendalaman kemboja….     bukan riak atau menunjuk nunjuk tapi akak nak kalian faham “konsep memberi” dengan syarat ikhlas…

sesukar mana pun kehidupan, tiba waktunya SOLAT tetap diutamakan oleh sekecil ini

jumpa lagi di entry yang akan datang….

kisah ikhlas dariku untuk kalian…

Sila Kongsi :