percutian tanpa di rancang

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati hidup kita semua

percutian ke kota Jakarta baru2 ini adalah percutian yang tidak dirancang, ianya datang dengan tiba2, apabila mendapat tawaran dari seorang teman untuk meninjau peluang perniagaan di sana, akak terus membuat tempahan tiket dan ke esokkan harinya terus terbang ke Jakarta dan menginap di hotel Pullman Central Park, hotel bertaraf 5 bintang dan kedudukannya yang sangat bagus bersebelahan dengan shopping complex besar…. tempat makan jugak sangat2 senang untuk didapati, akak sangat2 seronok walaupun sempat berada di sana hanya 3 hari 2 malam….

sangat2 seronok sebab hotel di tengah2 shopping complex besar
sangat2 seronok sebab hotel di tengah2 shopping complex besar
ronda2 di sekitar shopping complex sogo
ronda2 di sekitar shopping complex sogo
majlis makan malam yang sangat2 memberi semangat dan bilik penginapan yang sangat selesa
majlis makan malam yang sangat2 memberi semangat dan bilik penginapan yang sangat selesa

alhamdulillah, rezeki Allah sangat2 luas, ada peluang perniagaan yang menarik di sana, ada juga yang berminat untuk memasarkan tudung2 akak di singapura dan jakarta dengan menggunakan jenama mereka sendiri…

walaupun ianya agak singkat tapi akak tidak melepaskan setiap ruang dan peluang yang ada, semuanya akak rebut dengan ikhlas dan berlapang dada, setiap yang baru tentu akan ada cabarannya tersendiri, dengan itu akak sudah bersedia untuk menghadapinya, nak berjaya kena ada semangat juang yang sangat kental dan sudah tentunya kena berani…

moga segala usaha ini diberkati Allah SWT

sekian, untuk kali ini, jumpa lagi di lain siaran

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah

Sila Kongsi :