ujian memantapkan hati

kembali dengan rasa syukur kerana berjaya berhadapan dengan demam yang berpanjangan dan sekarang hanya tinggal batuk batuk manja yang biasanya akan mengambil masa yang agak lama…

ingin menyentuh tentang ujian yang Allah beri pada hamba-hambaNya dan bagaimana tindakan seseorang hamba itu atas sesuatu musibah yang berlaku bergantung pada apa yang ada dalam jiwanya kalau hitam jiwannya maka perkataan yang keluar juga yang hitam atau buruk buruk belaka…. jika jiwanya bersih, segalanya dapat dihadapi dengan tabah dan redha, maka ketenangan tetap terpancar pada wajahnya….

kadang2 kita berasa terlalu sedih dengan sesuatu musibah sebab beranggapan ianya terlalu besar buat kita, sesungguhnya setiap musibah yang ditimpakan ke atas seseorang adalah bersesuaian dengan kekuatannya, sepatutnya tidak timbul soal ujian itu terlalu berat hingga tidak dapat diterima dengan redha dan sabar….

daripada sa’ad, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang soleh yang meneladaninya… seseorang akan diuji menurut kekuatan agamanya (imannya), apabila agamanya kuat maka makin berat ujiannya, apabila agamanya kurang kuat maka dia diuji menurut kadar kekuatannya, dia akan diuji terus sehingga dia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih (tidak berdosa)”

DAN yang paling penting apabila kita tahu sesuatu itu ditimpakan kepada kita adalah sebagai kifarah penghapus dosa… TRAGEDI bukan semestinya buruk, kadang2 di situlah permulaan pada suatu keuntungan yang tidak pernah tergambar oleh kita…

MUHASABAH DIRI…. pesanan buat diri sendiri