himpunan jutaan belia – kumpulan K-Pop

Sebenarnya isu ini hangat dibincangkan penghujung minggu lepas, semasa nak balik bercuti untuk beberapa hari, ada terbaca di facebook… baru hari ini berkesempatan untuk menulis…tapi sepanjang bercuti dikampung, kami adik beradik adalah cerita2 pasal isu ini dan juga himpunan jutaan belia…maklumlah kebanyakan adik beradik ku kerja dan tinggal di putrajaya…

penjelasan dari KSU Kementerian Belia dan Sukan

Ketua Setiausaha, Kementerian Belian Dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Bin Mohamed mengulas dakwaan beberapa blog bahawa kerajaan membayar rm2.4 juta untuk menaja persembahan kumpulan K-Pop itu…Beliau menjelaskan bahawa invois bernilai rm2.4 juta yang telah dipetik oleh beberapa blog2 itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh ejen kepada Stadium First…

Namun katanya, hasil perbincangan lanjut dengan ejen kumpulan K-Pop itu, pihak Stadium First telah berjaya mengurangkan kos tajaan kepada rm900 ribu….

Datuk Mohid menarik perhatian bahawa KBS menerima tajaan penganjuran Himpunan Jutaan Belia daripada pelbagai syarikat swasta bernilai rm28 juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program…

Rasanya, mendapat penajaan dari pelbagai syarikat swasta bagi satu2 program ni biasa, sebab dulu masa kerja pun, aku selalu juga mencari penaja untuk setiap program yang akan dianjurkan oleh pihak syarikat…so isu guna duit ni tak sepatutnya timbul…

Sekarang ni pun, walaupun syarikat ku ni takat syarikat cap ayam jer, tapi sering juga menerima undangan untuk menaja satu2 program atau pertandingan…tapi kalau ada juga yang nak buat isu, nak kata macam mana kan….!

Sila Kongsi :