iPhone 5 Gadget Impian

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

bila baca tajuk entri “iPhone 5 Gadget Impian”, akak kira tentu ada yang tertanya tanya, kak SK join contest ke, kenapa dah nak abis baru nak join…hiks… sebenarnya kak SK bukan nak join contest cuma nak menumpang tuah jer…

iPhonw 5 Gadget Impian, sudah ada dalam genggaman
iPhone 5 Gadget Impian, sudah ada dalam genggaman

perasaan cemburu yang membuak buak menyelubungi diri apabila blogger hangat ini memiliki “iPhone 5 Malaysia Pertama”, tapi apakan daya ku pada waktu itu kecuali berdoa agar pelancaran iPhone 5 untuk Malaysia dipercepatkan, sebab kak SK memang teringin sangat2 untuk memilikinya, kerana dapat menjangka kelebihannya setelah menggunakan iPhone 4…

kak SK ada merisik risik khabar di digi centre berjaya times square tentang pelancaran iPhone 5, pekerja di centre tersebut memberitahu pelancaran iPhone 5 adalah pada 14 Disember 2012, jadi betul lah apa yang di beritahu oleh Denaihati pada akak sebelum ini…

oleh kerana akak ni tidak mahir dalam meneliti dan mengkaji dari segi ketulinan iPhone 5 ni, jadi nak beli di kedai2 yang menjual sebelum dilancarkan memang tak berani, risau tertipu, suka atau tidak, cepat atau lambat, akak tunggu jer lah hari pelancarannya untuk memilikinya, akak rancang nak beli di digi centre berjaya times square sebab dulu beli iPhone 4 pun di situ….

namun rezeki Allah SWT tiada terduga, orang kata “tuah ayam nampak di kaki, tuah kak SK hanya Allah saja yang mengetahui”… minggu lepas, kira2 jam 11.30 malam (tengah seronok membaca buku “bersyukur ketika di uji”) akak dapat panggilan telefon dari seorang hamba Allah yang baru kembali dari Singapura untuk meminta izin datang ke rumah kak SK malam itu juga untuk menyampaikan “iPhone 5” pemberian dari hamba Allah yang sangat2 pemurah, dia kena hantar malam itu juga sebab keesokkan harinya akan terbang ke luar negara atas urusan perniagaan… lebih kurang detik 12.30 malam iPhone 5 telah pun berada di dalam genggaman… Subhanallah, Allahu Akhbar, Astaghfirullah…. terimakasih Allah atas rezekiMu ini…

rezeki adalah antara salah satu rahsia Allah SWT, tiada seorang pun tahu tentang rezekinya, banyak atau sedikit rezeki seseorang tetap tidak diketahui sebelum mendapatkannya, hatta Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah juga tidak tahu kadar rezeki yang diuntukkan kepada Baginda…. namun rezeki setiap makhluk yang hidup di atas muka bumi ini dijamin oleh Allah SWT…. INI HAKIKAT YANG PASTI…

doaku kepada hamba Allah yang pemurah ini, agar terus di beri ilmu yang bermanafaat, rezeki yang luas dan penawar dari segala penyakit oleh Allah SWT dan terus menjadi insan yang cemerlang di sisiNya… amin

Sila Kongsi :