Pengemis Jadi Jutawan

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

jam hampir 4 pagi, mata memang tidak rasa nak tidur lagi, tiba2 terbaca artikel ini, di utusan online, sememangnya sangat2 jarang berlaku tetapi ianya ada berlaku, klik sini untuk kisah selanjutnya

pengemis yang dimaksudkan adalah yang berdiri sebelah kiri (sumber utusan)
pengemis yang dimaksudkan adalah yang berdiri sebelah kiri (sumber utusan)

kisah pengemis jadi jutawan mungkin kisah yang terpencil atau jarang berlaku, tetapi yang susah menjadi senang atau kaya memang banyak, satu ketika dia pernah di hina kemudian orang yang pernah menghinanya telah datang memohon pertolongan

ada juga kisah dua orang sahabat, bila sahabat yang seorang ni berjaya dalam perniagaannya, sahabat yang sorang lagi secara senyap rasa tak puas hati, dalam senyap merancang untuk menandingi perniagaan sahabatnya itu, selalu bercerita tentang keburukkan sahabatnya, suatu saat bila Allah uji dia dengan kesusahan (boleh dikatakan nak makan pun susah), Allah beri sahabat yang cuba dijatuhkannya dulu datang membantu

ada juga kisah, satu ketika dulu dia menjadi pemandu peribadi kepada seorang yang berjawatan tinggi di sektor korporat, nak jadi cerita, si pemandu ini telah berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya, dan tuan @ boss tersebut pula bekerja dengan beliau, terlalu banyak kisah sebenarnya jika nak dikongsikan

kak sweetkurma selalu berpesan pada diri sendiri, jangan terlalu sombong atau riak dengan kelebihan atau kejayaan yang Allah beri, kerana itu semua bersifat sementara, moga Allah lindungi kak sweetkurma, anak2 dan rakan2 semua dari sifat sombong dan lupa diri bila di beri kejayaan, aamiin

sekian, buat kali ini

wassalam

Sila Kongsi :