pertahankan haji mabrur

assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh

berkesempatan menyaksikan siaran secara langsung rancangan terakhir Labaikallah di TV AlHijrah, tetamu jemputan adalah Prof Mohd Kamil Ibrahim, sebelum ini ada juga menonton di rancangan 9 soalan TV9 berbicara tentang “haji mabrur” bagaimana untuk mempertahankannya

sumber : Lembaga Tabung Haji
sumber : Lembaga Tabung Haji

mendapat “haji mabrur” atau “umrah mabrur” bagi jemaah haji dan juga umrah adalah sesuatu yang sangat2 diinginkan dan itu lah doa yang di pinta, hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa yang layak untuk mendapat haji mabrur atau umrah mabrur namun ianya boleh di lihat dari segi perubahan ke arah kebaikan yang lebih baik, namun setakat mana ianya kekal, kerana tempat orang2 yang mendapat haji mabrur adalah Syurga, sudah pasti ianya harus di kekal kan sehingga akhir hayat – begitu lah yang dapat kak sweetkurma faham dan pelajari

live

untuk mengetahui lebih lanjut boleh lah tonton ceramah Prof Kamil Ibrahim di youtube, salah satunya ada kak sweetkurma sertakan di sini, kak sweetkurma tidak merakam ulasan di TV AlHijrah tadi

untuk tahun ini pula, semua jemaah haji yang mengerjakan haji adalah insan2 terpilih kerana wuquf jatuh pada hari jumaat di mana gajaran pahalanya adalah 70 kali ganda, moga semuanya mendapat haji mabrur dan kekal hingga akhir hayat, aamiin

untuk mengetahui tentang “haji akbar” boleh layari di sini, haji Akbar ini adalah haji yang ditunggu umat Islam seluruh dunia

sumber : lembaga tabung haji
sumber : lembaga tabung haji

laporan dari Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, baru2 ini, walaupun tahun ini wuquf jatuh pada hari jumaat (yang di panggil haji akbar), namun menjadi satu rekod kerana semua urusan dan perjalanan para jemaah adalah sangat baik, alhamdulillah

sekian, buat kali ini

wassalam

Sila Kongsi :