assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh
salam aidil adha buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia, khas buat suami, anak2, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai – pagi ni terasa ingin menulis pulak, nak masak pun semalam dah masak, cuma perlu panaskan bila nak makan
sedih bila terbaca beberapa kisah semalam, ramai yang berkongsi cerita di mana mengalami perjalanan yang sangat panjang untuk sampai di kampung halaman, lagi sedih bila berlaku kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa di sebabkan kelalaian pengguna lebuh raya, semoga rohnya dicucuri rahmat

sumber : astro awani
untuk yang sedang menjalani ibadah haji, syukur alhamdulillah selesai sudah wuquf di Arafah, ada juga yang sudah selesai membuat tawaf dan saie haji, ketika ini mereka semua mungkin berada di Mina untuk melaksanakan syarat ibadah haji. sangat indah pengalaman sepanjang menjalani ibadah haji ini, walaupun dua tahun sudah berlalu tetapi masih ku rasakan kenikmatan melaksanakan rukun islam ke lima ini

sumber : denaihati.com
untuk ibadah korban pulak, sekarang ni sudah banyak perkhidmatan yang disediakan, kita pun tidak perlu bersusah payah untuk melaksanakannya kerana sudah ada agensi2 yang menawarkan perkhidmatan ini, seperti e-qurban yang menawarkan perkhidmatan qurban di kemboja dan juga makkah

sumber : denaihati.com
alhamdulillah syukur kak sweetkurma dapat melaksanakannya untuk ke dua duanya sekali, korban di Kemboja dan juga di Makkah, terimakasih e-qurban atas perkhidmatan yang disediakannya dan terimakasih juga kepada denaihati.com kerana menyediakan ruang untuk orang ramai mendaftar dengan e-qurban
pinjam pantun 4 kerat seorang teman
Indah langit kerana awan
Indahnya laut yang kebiruan
Indah Aidil fitri dengan kemaafan
Indah Aidil adha dengan pengorbanan
sekian, buat kali ini, moga setiap pengorbanan yang kita lakukan mendapat rahmat dan redha dari Allah serta dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat, aamiin
wassalam
ya. selamat hari raya akak oii.. meh la datang banting beraya. hehe
titan recently posted..Duit Raya Haji 2014
huhu dekatnya banting
terimakasih kerana sudi pelawa
sweetkurma recently posted..salam aidil adha @ hari raya korban
Selamat menyambut hari Raya Kurban. Sedih dan sayu melihat kemalangan yang menimpa.
akubiomed recently posted..Makan angin siber bersama Google Street View
yer betul tu azrin, macam2 dalam fikiran ni
sweetkurma recently posted..salam aidil adha @ hari raya korban
Moga aidiladha memberi makna dalam kehidupan kita 😉
rika recently posted..Bagaimana Untuk Ikhlas?