oh suami : Suami Mithali….Masih Wujudkah….?

Hari ini punya kesempatan untuk membaca setelah bercuti untuk beberapa hari dan setelah itu menyiapkan kerja2 yang tertunggak….sangat2 bahagia dapat mengabiskan masa bersama dua anak teruna, jalan2, makan2, shopping2 dan rehat2….

Topik yang aku baca hari ini “NUR” tertumpu kepada “suami jadilah dambaan isterimu”….suami mithali adalah dambaan setiap isteri, sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya. Diantaranya wajib memberikan nafkah kepada isterinya, membayar mas kahwin kepada isterinya dan melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang – (Pegawai Psikologi PPUKM)….

Tetapi…..WUJUDKAH LAGI suami mithali…?

Benar, keperibadian Rasulullah sangat mulia, layanan terhadap isteri2nya tiada tolok bandingnya lagi dan harus dicontohi oleh kita umatnya…NAMUN…apa yang berlaku adalah sebaliknya…setiap hari ada saja berita tentang kes penderaan isteri, sanggup menggantung isteri tak bertali, suami curang dan macam2 lagi kes…BELUM campur cerita yang ku dapat dari teman2 dan customer yang datang ke rumah setiap hari…. Bila di fikirkan dengan semua ini, ianya menimbulkan PERTANYAAN…? masih adakah suami mithali yang melayan isteri bagaikan permaisuri..? berkata penuh hemah…?

ADA kot…?

Bukan semua lelaki tu jahat, tapi yang jahat pun ramai jugak..huhu..oh lelaki…! jangan marah ya…kita berkongsi pendapat ya….

Sebagai wanita kita sememangnya agak Selektif dalam memilih pasangan namun tidak semestinya apa yang kita harapkan akan dapat, sebolehnya wanita atau lelaki kena tahu tentang ilmu rumahtangga. Keutuhan rumahtangga bukan saja terletak pada ciri2 pilihan kita, namun jika persefahaman dan kematangan dapat diterapkan dalam diri pasangan suami/isteri, InshaAllah semua cabaran akan dapat diatasi dan ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke penghujung nyawa…

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :

“orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tingkah lakunya terhadap isterinya” (HR Tirmidzi, Abu Daud, (Hassan Shahih)”…

Kalau hendak dikupas ianya terlalu panjang….mungkin diluar sana punya pandangan dan pendapat tersendiri….

Sila Kongsi :
  • kak bery June 8, 2012 at 2:46 pm

    Sempurna hanya sifat Allah, tak akan ada yang sempurna pada mata insan sehingga dia menerima apa yang datang seadanya..Kalau dah sempurna tak ada lagi yang nak dicari..hidup jadi hambar sebab segalanya sangat SEMPURNA…Kita lah yang patut menyesuaikan kehidupan dengan cabaran yang mendatang disamping bertawakal pada Alllah.
    kak bery recently posted..TSHIRT LABUH MUSLIMAH – PAISLEY PLUS SIZEMy Profile

    • sweetkurma June 9, 2012 at 4:08 am

      sangat2 betul tu kak bery….memang tak de yang sempurna cuma kalau boleh tak nak lah yang teruk sangat…nak yang sedang2 saja 😀
      sweetkurma recently posted..Suami Mithali….Masih Wujudkah….?My Profile

      • azman June 9, 2012 at 1:15 pm

        Yang nakal2 sikit ok kan? he3..

  • puanbee June 8, 2012 at 3:53 pm

    Kak siti nak cari yg terlalu lengkap memang susah kot , terima seadanya , asalkan saling sayang menyanyang ..
    puanbee recently posted..Makan Ayam Gemuk Untuk Gemuk Uhuks~My Profile

  • Hafizul June 8, 2012 at 6:00 pm

    Kadang2 kita dah rasa kita ni suami mithali tapi pada pandangan si dia kita tetap suami yang biasa..sukarnya untuk menjadi suami mitahli pada mata isteri..huhu
    Hafizul recently posted..Tips Format Komputer Versi Pondok KecilMy Profile

  • Cikgu Hairul June 9, 2012 at 2:59 am

    Memang masih ada suami Mithali dalam dunia ni. Sebab tu perempuan juga kena memilih dalam mencari jodoh. Pilihan dengan bantuan Allah itu yang terbaik.
    Cikgu Hairul recently posted..Holiday Pulau KapasMy Profile

  • azman June 9, 2012 at 3:12 am

    Wife saya kata dia suka suami yg nakal2 sikit he3.. – saya lah tu he3..sendiri angkat kan takpe.

    *masih ada tapi susah nak cari – lelaki berkualiti dah semakin pupus cian orang pmpn…
    azman recently posted..Tip Sembahyang Jumaat Di Masjid Kg BaruMy Profile

    • sweetkurma June 9, 2012 at 4:13 am

      sebenarnya sangat2 beruntung dapat suami nakal ni sebab kalau kita sabar GANJARANnya sangat lah besar….high risk high return…. 😀
      sweetkurma recently posted..Suami Mithali….Masih Wujudkah….?My Profile

      • rin June 22, 2012 at 8:53 am

        high risk high return ye kak? Hehehe

  • nizamghazi June 9, 2012 at 5:38 am

    Salam.
    Saya rasa boleh wujud JIKA isteri2 respect kata2 suami.
    Lelaki akan lebih menyayangi isterinya jika mendengar kata 😉

    *suka lagu “Ketika Cinta Bertasbih”.
    nizamghazi recently posted..Debug Program : Cinta Yang Pergi – Then I Got Error MessageMy Profile

    • sweethoney June 9, 2012 at 5:49 am

      saling menghormati boleh menwujudkan rumahtangga yang harmoni…
      akak setuju tu…
      akak pun suka sangat lagu dan cerita “ketika cinta bertasbih”..
      terimakasih sudi singgah…
      sweethoney recently posted..Suami Mithali….Masih Wujudkah….?My Profile

  • Anarm June 9, 2012 at 9:02 am

    cuba untuk jadi suami mithali lepas kawin nanti.. insyaAllah.. hehe..
    Anarm recently posted..Mencari Rumah Sewa BerdekatanMy Profile

  • ROJAK June 9, 2012 at 10:19 am

    tips untuk semua perempuan sama ada belum atau sudah berumahtangga. Lelaki tak suka perempuan lawan cakap dia. Walaupun lelaki tu bodoh tapi dia tetap tak suka kata-katanya dibangkang terutama perempuan.
    ROJAK recently posted..Roadside StallMy Profile

  • titan June 9, 2012 at 11:53 am

    ramai..cuma kekadang isteri aje tak sedar..haha..
    titan recently posted..Komisen ke 93 dari TNXMy Profile

  • Juan June 9, 2012 at 2:56 pm

    perasaan dan emosi lelaki kadang kadang sukar bagi wanita untuk meneka kerana luaran lelaki bersikap (x makan saman), dan disebabkan itu juga wanita x mampu memahami apa yg lelaki mahu dan mudah pula bersikap salah tafsir akan apa yang laki lakukan seperti kurannya layanan kasih sayang yg mungkin juga disebabkan ketidakmampuan wanita itu sendiri memahami kehendak lelaki secara asas. Kadang kadang kemahuan seseorang sukar diungkap dengan kata kata ianya seperti seseorang lain seharusnya faham akan apa keperluan asas setiap pasangan
    Juan recently posted..Pengalaman Berharga Sebagai JurujualMy Profile

    • sweetkurma June 9, 2012 at 3:30 pm

      terimakasih juan…pandangan yang berguna….
      jika suami mengimpikan isteri yang memenuhi segalanya tidak salah sekiranya suami juga berusaha untuk menjadi pendamping yang melengkapi diantara satu sama lain,,,
      sweetkurma recently posted..Suami Mithali….Masih Wujudkah….?My Profile

  • sayang bersebab…. | sweetkurma June 9, 2012 at 4:10 pm

    […] kata saudara azman dalam komen beliau di entry ku “suami mithali….masih wujudkah”…ianya semakin pupus…kesian orang perempuan…. var fbShare = {url: […]

  • Myra Jay June 10, 2012 at 6:28 pm

    Kalau suami sayangkan kita dan jaga dengan baik, itu pun kategori suami mithali jugak 🙂
    Myra Jay recently posted..Wish Me Luck for Final ExamMy Profile

    • sweethoney June 11, 2012 at 2:28 am

      yer myra betul lah tu….alhamdulillah kita dikurniakan suami yang baik, moga kekal sampai ujung nyawa…aamiinn

  • Norfa June 16, 2012 at 5:26 am

    suami mithali.. menjadi impian zaman sekarang.. tapi susah nak cari..
    Norfa recently posted..Design rumah, gantilah kipas dahulu, ikut bajetMy Profile

    • sweethoney June 16, 2012 at 5:31 am

      betul tu…terimakasih sudi singgah

  • sohoque February 5, 2013 at 10:22 am

    mmmmm… isteri nakkan suami mithali.. suami pula nakkan isteri yg solehah.. pd saya mcm ni la.. sebelum kita dambakan apa yg kita nak, kita cermin diri kita sendiri dulu. si isteri tanya pd diri sendiri adakah dia sudah menjadi yang terbaik utk suaminya? si suami pula tanya diri sendiri, adakah dia sudah melaksanakan semua tanggungjawabnya sebagai suami? kalau jawapannya tak, ataupun tergagap2, makan redha lah dengan apa yang Allah bg utk kita..

    wallahua’lam
    sohoque recently posted..Tips Memilih Web HostingMy Profile

  • Bang Iwan February 28, 2013 at 5:24 pm

    kategori suami Mithali adalah :
    Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
    Bang Iwan recently posted..MADRE – Cinta Membuat Kita Tetap HidupMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge