leaderboard2 denaihati Banner

mempersenda poligami

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian….

diruangan ini kak sweetkurma ingin mengambil kesempatan untuk mencoretkan sesuatu tentang hidup berpoligami, mungkin tajuk ni agak panas dan kurang disenangi oleh sesetengah wanita di luar sana, tapi apa yang ingin kak sweetkurma coretkan adalah sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang memerlukan…

poligami merupakan salah satu permasalahan yang boleh menggugat kedudukan kaum wanita dan membangkitkan kemarahan mereka, hal itu kerana secara fitrahnya, seorang wanita tidak ingin dimadukan oleh suaminya, pandangan mengenai isu poligami ini juga adalah berbeza-beza, ada yang berlebih-lebihan, ada juga yang menganggap remeh dan yang acuh tak acuh kerana malu…. yang sedihnya ada yang seolah olah mempersendakan isu poligami ini….anda bertuah kerana punya suami yang tidak mengamalkan poligami TAPI jangan ingat anda akan BERTUAH untuk selamanya, takdir Allah mengatasi segalanya, sementara tidak dimadu atau bermadu ni, SILA JAGA PERCAKAPAN, sebab itu semua merupakan doa, sekali Allah nak UJI kita dan ianya terjadi, masa tu baru lah nak MERAUNG…

meraung, menjerit dan sebagainya sudah tidak berguna lagi sebab ianya sudah terjadi, pabila ianya terjadi, berdoa lah agar semuanya Allah permudahkan dan jangan sekali kali mengaibkan suami sendiri tanpa henti hanya disebabkan ia mengamalkan POLIGAMI…. ini bukan caranya untuk mendapatkan suami kita semula secara total, tak cukup di sini sampai di TANAH SUCI pun ada yang sanggup bercerita tentang aib suami…bukan tugas kita untuk menghukum suami, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk rumahtangga kita…

pesanan saya, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk kita jalani, lalui atau tempuhi, jadi sementara tidak di MADU atau ber MADU ni, sila jaga percakapan atau gurauan kerana POLIGAMI adalah sesuatu yang dibolehkan oleh Islam, jadi ianya boleh berlaku pada bila2 masa saja…. dari mempersenda atau dijadikan bahan gurauan lebih baik, terus terusan berdoa agar ianya tidak berlaku atau suami anda terhindar dari menjadi seorang pengamal poligami…

doaku agar kita semua berbahagia dengan pasangan masing2….

moga kita semua terhindar dari mempersenda hukum Allah….

hasrat ibu

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian….

alhamdulillah syukur, masih punya kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini dan berhubung dengan rakan2 blogger semua….bila sebut sibuk semua orang sibuk kan? jadi kena pandai2 lah mengambil peluang atau kesempatan….

anak teruna yang sulong mula belajar selok-belok perniagaanku, ianya bermula di Jakel tempat memborong kain2 tudung... alhamdulillah

anak teruna yang sulong mula belajar selok-belok perniagaanku, ianya bermula di Jakel tempat memborong kain2 tudung… alhamdulillah

berkongsi sedikit tentang hasrat ibu, sebagai seorang ibu yang menjalankan perniagaan secara serius dan dalam masa yang sama mempunyai dua orang anak lelaki yang meningkat remaja, si abang 22 tahun dan adik 18 tahun, tentu punya hasrat untuk mendidik anak2 untuk meneruskan perniagaan yang ku jalankan disamping terus berdoa agar mereka menjadi anak yang terus cemerlang di sisiNya…

hasrat ingin melihat anak teruna yang sulong membantu dan seterusnya menguruskan perniagaan yang ku jalankan telah kusampaikan setelah beberapa hari anak teruna kembali dari Tanah Suci mengerjakan ibadah Umrah, alhamdulillah syukur kerana hasrat murni ku ini telah diterima baik oleh anak teruna yang sulong, kerana menurut beliau, hasrat utama ketika berdoa di Tanah Suci adalah untuk menjadi Hamba Allah yang lebih baik dan ingin berbakti kepada ibu…. terimakasih Ya Allah atas segala pertolonganMu…”"tiada daya dan upaya melainkan dengan (kekuatan) Allah”…

“kasih ibu kepada anaknya tak terhingga sepanjang masa, hanya memberi tak mengharap kembali bagaikan sang suria menyinari dunia”….

mari lah menuju kejayaan…

tanggungjawab saat 5/5/13

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian….

sekadar ingin merakam detik ini iaitu 5/5/13 (PRU13), menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, kak sweetkurma turun mengundi di sekolah kebangsaan danau kota (depan rumah) bagi parlimen wangsa maju…

bukti untuk tanggungjawab yang ini

bukti untuk tanggungjawab yang ini

apa pun keputusannya, ku terima dengan ikhlas…

marilah menuju kejayaan…

pesta buku

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian…

alhamdulillah, hari ni dalam perjalanan untuk membeli barang2 keperluan jahitan, kak sweetkurma sempat singgah di PWTC untuk meninjau-ninjau pesta buku antarabangsa, kuala lumpur, memang terkejut sebab orang terlalu ramai bersesak-sesak yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar2 sekolah rendah dan menengah…

sempat memborong buku2 rujukan agama dan juga motivasi

sempat memborong buku2 rujukan agama dan juga motivasi

dua buku yang tak sabar kak sweetkurma nak baca adalah :-

IMG_1915

IMG_1916

sesibuk manapun, kak sweetkurma akan peruntukkan masa untuk membaca, walau pun sekejap, minda memang selalu kena update dengan ilmu2 dunia dan juga akhirat, apa pun “akhirat didahulukan”, inshaAllah, aaminnn

mari lah menuju kejayaan…